Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Food Review Gerai Selera Ramai Ikan Singgang Kuala Lumpur

Nak makan menu makanan kampung yang sedap dan original “authentic”, boleh ke Gerai Selera Ramai Ikan Singgang yang terletak di bersebelahan Quill Mall City, Kuala Lumpur. Gerai yang menjadi pilihan adalah gerai banner warna kuning, merupakan gerai Ikan Singgang pertama yang dibuka di Kuala Lumpur sejak puluhan tahun yang lalu.

Kini, di sini mempunyai 2 cawangan Selera Ramai Ikan Singgang yang menggunakan ikon warna banner berwarna Kuning sebagai identiti mereka. Senang saja nak kenal, keduanya mempunyai banner kedai yang sama.

Baca : Resipi Rahsia Asam Perut Lembu Kelantan

 



 

Restoran Selera Ramai Ikan Singgang Kuala Lumpur

Selera Ramai Ikan Singgang
 

Kalau dulu, gerai Selera Ramai Ikan Singgang ini terletak di sekitar Chow Kit dengan gerai yang kecil, kini ia semakin maju dan mempunyai 2 cawangan di lokasi yang sama. Dengar kata, tuan punya akan menambah satu lagi lokasi gerai Selera Ramai Ikan Singgang di lokasi Chow Kit kerana permintaan yang amat menggalakkan.

Secara peribadi, menu yang dihidangkan di gerai Ikan Singgang asli ini memang mempunyai citarasa gabungan masakan Selatan Thai dan juga Kelantan yang bersifat tradisional. Menu yang mesti anda cuba semestinya Ikan Singgang, Ikan Rebus Goreng, Lidah Goreng dan juga ulam-ulaman.

Gerai Selera Ramai Ikan Singgang dengan signboard warna Kuning

Selera Ramai Ikan Singgang Selera Ramai Ikan Singgang menu Selera Ramai Ikan Singgang

 

Kalau hujung minggu, hampir setiap kali, MrJocko akan singgah di restoran ikan singgang ini. Pilihan menu biasa yang dipilih ialah Ikan Singgang, Ikan Rebus Goreng, Lidah Goreng, Ayam Goreng Kunyit dan ulaman. Untuk makan malam, memang best, tambah lagi dimakan dengan budu dan cili. Terbaik boh!!!

Parkir kereta agak susah di kawasan ini. Kalau nak mudah kena parkir jauh sikit di hadapan Restoran Kudu dan dikawasan berhampiran. Nak lagi mudah pergi naik motor. Kalau ada parkir kosong di sekitar ini, ada Tukang Jaga Parkir dan anda kena bayar dalam lingkungan RM2 ke RM3 untuk satu kereta.

Kalau nak ke lokasi Selera Ramai Ikan Singgang ini, cari bangunan Quill Mall City Kuala Lumpur dan pusing di jalan belakang. Gerai ikan singgang ini terletak di bersebelahan Quill Mall dan antara restoran Nasi Kandar Kudu yang terkenal di Chow Kit.

Nak tahu cara masak dan resipi ikan singgang boleh baca di sini http://www.eresipi.com/ikan-singgang/

Kalau nak makan lagi sedap, MrJocko balik kampung sebab masakan kampung cara emak adalah yang terbaik http://www.mrjocko.com/2012/09/masakan-kampung-cara-emak.html

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.