Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Ginza Street Tokyo Tempat Shopping Eksklusif

Ginza Street Tokyo Tempat Shopping Eksklusif. Di kawasan Ginza Street ni terdapat banyak butik butik ternama yang terkenal di seluruh dunia. Di sini banyak di jual produk produk dan jenama jenama yang eksklusif dan sesangat la mahal. Famous kat sini Burberry, Bally, Nissan, Mont Blanc, produk kecantikan dan banyak lagi jenama-jenama terkenal yang aku sendiri tak reti nak sebut pasal tak pernah dengar… keh keh keh,,,
Kalau kita di Kuala Lumpur ada Pavillion, tetapi di Tokyo ada Ginza Street. Memang Ginza street ni terkenal, mungkin sama seperti Jalan Bukit Bintang. 

Baca : Tempat Shopping Best di Tokyo

Ginza Street Tokyo Tempat Shopping Eksklusif

Yang nyata, kalau korang mampu shopping kawasan Ginza Street ini, korang boleh di kategorikan dalam kumpulan orang-orang yang kaya raya. Kenapa aku cakap begitu, pasal banyak harga kat kawasan Ginza Street, Tokyo ini adalah sangat-sangat mahal…

Bangunan Burberry ini sahaja mempunyai 2 bangunan untuk memuatkan barangan Burberry untuk lelaki dan juga perempuan. Itu belum termasuk produk Burberry yang dibuat di Jepun dan juga produk keluaran US. Banyak jenis dan banyak pilihan. Sediakan duit sahaja, korang boleh pilih mana satu korang nak.

Aku tak ada la nak shopping benda-benda kat sini. Cukup la kalau dapat jejak kaki kat kawasan orang kaya ni. Jangan kata produk US, produk jenama Jepun yang mahal dan terkenal di sana, memang banyak dan aku sendiri tak boleh nak sebut.

Pasal tu kalau nak shopping kat Ginza Street, Tokyo, kena la simpan duit banyak-banyak, simpan sampai cukup berpuluh ribu, semata-mata nak shopping barang-barang eksklusif kat sini.

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.