Gloria Outlets Taiwan Premium Outlet Tempat Shopping Best Di Taoyuan
|Taiwan Premium Outlet pertama yang dibina mengikut konsep ‘US style open-air outlet mall’. Ia dikenali dengan nama Gloria Outlet Taiwan. Shopping mall ‘premium outlet’ ini menampilkan ratusan kedai jualan produk jenama antarabangsa, menyediakan ruang membeli belah yang besar dan selesa serta pilihan diskaun yang murah. Sebab itu MrJocko berani kata, di Gloria Outlets Taiwan ini adalah Premium Outlet Tempat Shopping Best Di Taoyuan.
Ini pertama kali MrJocko singgah di sini. Dari jauh dah nampak rekaan binaan di sini menyerupai premium outlet lain seperti JPO di Johor, Gotemba Premium Outlet, Tokyo dan juga Genting Premum Outlet, Pahang. Tak pasti pulak kalau kesemua shopping mall ini ada persamaan dari segi owner atau konsep.
Baca : Pengalaman Shopping Di Premium Outlets Seluruh Dunia
Gloria Outlets Taiwan Premium Outlet
Sebut pasal premium outlet seperti Gloria Outlets ini, pasti ada ratusan jenama antarabangsa ada dijual di sini. Sampaikan banyak juga outlet dan butik yang namanya tidak pernah MrJocko dengar dan tahu sebelum ini. Memang banyak. Kalau dikutkan standar butik yang ada di premium outlet, ia memang punyai kualiti dan pengaruh yang tersendiri, sebab itu membolehkan mereka mampu membuka kedai dan outlet di sini.
Sebut sahaja jenama antarabangsa yang korang tahu, InsyaAllah ada di sini. Coach, LV, Hermes, Adidas, Nike, Hermes, Palladium, Anita Su, Puma, Arena dan banyak lagi. Semua brand terkenal. Yang pasti, lebih menarik bila kebanyakkan outlet di sini sentiasa menawarkan harga diskaun di kedai mereka sehingga potongan 90%.
MrJocko sendiri sempat memilih satu pasang kasut untuk dibawa pulang ke Malaysia. bayangkan harga asal ialah RM690, tetapi selepas diskaun, ia dijual dengan harga cuma TWD850 sahaja (MYR120). Murah bukan? Berbaloi kalau kena masa dan barang yang kita memang nak beli.
Apa yang MrJocko lihat, produk make-up dan kosmetik juga ada banyak diskaun. Nak sebut jenis mana, MrJocko tak pandai sangat. Cukup la MrJocko kata, kalau nak shopping di Gloria Outlets Taiwan, memang kena sediakan duit untuk membeli produk berjenama dengan harga yang murah.
MrJocko pernah ke Gotemba Premium Outlet Tokyo dan Lotte Premium Outlet Seoul, masing masing punyai kelebihan tersendiri. Tetapi persamaannya, ada banyak pilihan promosi murah boleh korang beli, terutamanya kasut dan juga minyak wangi.
Next time, kalau travel dan ada pelung untuk singgah di mana-mana premium outlet, bawa la duit lebih. InsyaAllah korang tak akan menyesal shopping barang murah di Gloria Outlets Taiwan.
Kalau nak cari lokasi Gloria Outlet Taiwan ini, boleh cuba cari mengikut alamat ini No. 189, Chunde Road, Zhongli District, Taoyuan City, Taiwan 320. Atau pun nak dapatkan maklumat tentang aktiviti, persembahan, jualan serta promosi terkini di sini boleh layari laman web Gloria Outlets https://www.gloriaoutlets.com/eng/?s
Ada tempat menarik di Taiwan yang boleh korang kunjungi, baca di entry blog Travel Blogger Malaysia MrJocko : Tempat Menarik Di Taipei.