Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Golden Palm Tree Resort Spa Sepang

Seandainya anda mencari lokasi percutian yang bertaraf 5 bintang, punyai ‘class’ yang unik dan tersendiri, jauh dari kesibukan kota, anda boleh ke Golden Palm Tree Resort Spa di Sepang, Selangor.

 

Sebuah resort yang terapung dan mempunyai beberapa persamaan dengan Golden Resort di Dubai, Golden Palm Tree Resort Spa memang menawarkan pengalaman percutian yang terbaik untuk anda sekeluarga. Samada anda mahu bercuti bersama keluarga, rakan-rakan atau honeymoon, sememangnya Golden Palm Tree pilihan wajib untuk anda cuba.

 

 

Golden Palm Tree Sepang Hotel Review

Golden Palm Tree Sepang Hotel Review

Golden Palm Tree Sepang Hotel Review

 

 

Setiap bilik di Golden Palm Tree ini mempunyai permandangan laut dan konsep ruang legar yang terbuka sesuai untuk anda bersantai menghirup udara laut. Permandangan sekitar yang menarik menjadikan anda tidak puas bila berada di Golden Palm Tree.

Pilihan makanan samada untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam yang pelbagai dan disajikan dengan konsep buffet menyediakan lebih dari 100 menu harian terbaik untuk tetamu. Pilih saja apa yang anda mahu makan, sudah pasti ia sesuatu yang enak untuk selera anda.

 

Tetamu hotel boleh memilih untuk menjalankan aktiviti luar seperti mandi-manda di kolam renang Golden Palm Tree Resort Spa, aktiviti riadah berbasikal, sukan air serta pelbagai aktiviti sekitar resort.

 

 

Golden Palm Tree Sepang Hotel Review

 

MrJocko sendiri sangat sangat berpuas hati dengan pakej penginapan 2 hari 1 malam di Golden Palm Tree Resort Spa ini. Layanan crew resort, bilik, makanan serta aktiviti yang pelbagai membuatkan keinginan untuk datang lagi ke Golden Palm Tree, semestinya. Cuba dulu, anda pasti teruja dengan pengalaman di Golden Palm Tree Resort Spa.

 

 

Golden Palm Tree Sepang Hotel Review

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.