Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Graha Maria Annai Velangkanni Medan Gereja Unik Di Dunia

Sekali lihat, ia seperti sebuah Kuil India. Tetapi bila diamati betul-betul ia sebenarnya ialah sebuah Gereja Katholik yang unik. Ya ia memang unik. Graha Maria Annai Velangkanni Medan Gereja Unik Di Dunia. Hanya ada satu sepertinya dan ia hanya ada di Medan Indonesia. Ia kini menjadi salah satu destinasi Wisata Popular di Sumatera Utara.

Menurut penjaga bangunan ini, Graha Maria Annai Velangkanni dibina hasil dari sumbangan Jutawan dari India yang berugama Kristian Katholik.

Graha Maria Annai Velangkanni Medan

 

Graha Maria Annai Velangkanni Medan

 

Ada sedikit info yang MrJocko nak kongsi tentang Gereja Katholik yang terkenal di Medan ini. Nama Annai Velangkanni bukanlah berasal dari bahasa Indonesia. Ia adalah diambil dari bahasa Tamil (bahasa yang digunakan oleh majoriti orang di India).

Apakah maksud Annai Velankanni? Annai bermakna ibu dan nama Velangkanni ‘berasal dari sebuah bandar India Velankanni di negeri Tamil Nadu. Inilah tempat di mana sebuah gereja (yang juga bernama Gereja Velankanni) dibina pada abad ke-17 untuk dikhususkan kepada Mariam, ibu Nabi Isa.

 

Graha Maria Annai Velangkanni
Graha Maria Annai Velangkanni Medan

Graha Maria Annai Velangkanni Medan

 

Info tambahan tentang Gereja Katholik ini yang menyerupai Menara Candi diberi nama Graha Maria Anna Velangkani. Ia merupakan gereja dengan keunikan ‘architecture’ bangunan yang menggabungkan tiga bentuk rumah ibadah iaitu Gereja, Masjid dan Kuil.

Gereja tersebut dibina sekitar September 2001 merupakan hasil konsep dari Pastor James Barataputra, seorang Yesuit Misionaris asal India.

 

Graha Maria Annai Velangkanni Medan Graha Maria Annai Velangkanni Medan Graha Maria Annai Velangkanni Medan

 

Bangunan Gereja Maria Annai Velangkanni Medan ini menjadi lokasi wisata baru di Medan. Ia dikatakan unik oleh penganut agama Kristian Katholik yang pernah ke sini. Di sekitar bangunan ini ada banyak diletakkan ‘quotes’ ayat-ayat Injil dan dipamerkan sekitar bangunan.

Informasi lanjut boleh la lihat review dari pengembara seluruh dunia di laman web Tripadvisor https://www.tripadvisor.com/Annai_Velangkanni-Medan_North_Sumatra_Sumatra.html

Sebagai destinasi Wisata, ia antara destinasi boleh lawat jika anda melancong ke Sumatera Utara. Untuk ke sini lebih mudah kalau menaiki kenderaan seperti kereta pandu sendiri atau menggunakan teksi.

Kalau nak cari Tour Guide yang bagus dan trusted, boleh hubungi Bro Deddy Indolink https://www.facebook.com/deddy.indolink/ Untuk cerita tentang Medan, Indonesia, layari laman web MrJocko di bahagian Trip Ke Medan Indonesia https://www.mrjocko.com/tag/medan

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.