Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Grand Launch Ayam Penyet Best Alpha Angle Slogan #BestSekali4All

Grand Launch Ayam Penyet Best Alpha Angle adalah event terbaru yang MrJocko turut serta sebagai ‘Duta Kecil’ Nasi Ayam Penyet Best. Kami sekeluarga dijemput untuk merasai kehebatan menu halal Ayam Penyet Best dan juga ikut serta sebagai ‘pelakon’ dalam penggambaran video korporat untuk syarikat tersebut.

Menu dan Resipi Nasi Ayam Penyet memang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia. Walaupun resipi asal Ayam Penyet ini datang dari negara Indonesia, tetapi ia tetap menjadi pilihan rakyat Malaysia hari demi hari.

Baca : Resipi Ayam Penyet Yang paling Sedap dan Best

 



 

Grand Launch Ayam Penyet Best Alpha Angle Wangsa Maju

Ayam Penyet Best

 

Untuk majlis Grand Launch Ayam Penyet Best kali ini, mereka meraikan pembukaan outlet Ayam Penyet Best Ke-15 di Alpha Angle Shopping Centre, Wangsa Maju. majlis ini dirasmikan oleh Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin dan turut serta ialah Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) YBhg. Dato’ Sri Jamil bin Salleh, Pengarah Perbadanan Nasional Berhad (PNS) YBhg. Dato’ Syed Kamarulzaman, dan pengarah Ayam Penyet Best, Dato’ Lim Teong Hui, Encik Andrew Teh, Encik Mark Ng Beng Huat dan Encik Ng Boon Ching.

 

Ayam Penyet Best Grand Launch Ayam Penyet Best Ayam Penyet Best Grand Launch Ayam Penyet Best

 

Dalam ucapan beliau, Dato ‘Lim Teong Hui, Pengerusi Ayam Penyet Bagus Sdn. Bhd. mewakili lembaga pengarah merakamkan penghargaan kepada pihak KPDNKK atas panduan dan sokongan dalam sektor perniagaan francais sepanjang tahun.

Syarikat yang menggunakan jenama ‘Ayam Penyet Best’ ini ditubuhkan pada tahun 2010 lagi. Hingga kini mereka mempunyai kira-kira 20 cawangan di Semenanjung Malaysia dan merancang untuk memiliki kira-kira 25 cawangan sehingga akhir tahun 2017. 

Ayam Penyet BEST Alpha Angle Grand Launch

Grand Launch Ayam Penyet Best
Grand Launch Ayam Penyet Best

Grand Launch Ayam Penyet Best

Dengan menggunakan tagline #bestsekali4all dengan maksud BEST ialah gabungan B-Bestie, E-Enjoy, S-Spicy, T-Tasty membawa makna keluarga, rakan-rakan dan warga Malaysia bersama-sama untuk menikmati Ayam Penyet Best.

Menteri KPDNKK YB Dato’ Seri Hamzah bin Zainuddin berkata, perniagaan francais di Malaysia sudah berkembang pesat dan berharap perniagaan francais boleh berkembang di rantau ini sehingga mendapat pengiktirafan di seluruh dunia serta dapat bersaing dengan jenama antarabangsa.

Industri francais bukan sahaja membuka lebih banyak peluang pekerjaan, tetapi juga menarik lebih ramai pelabur luar negeri untuk datang ke Malaysia. Tambah lagi seperti jenama Ayam Penyet Best, ia sudah menjadi serasi dengan menu orang Malaysia, pasti lebih ramai yang ingin mencuba menu Ayam Penyet Best yang sedap di Malaysia.

Baca MrJocko Food Review http://www.mrjocko.com/tag/food_review

Ayam Penyet BEST Alpha Angle Grand Launch Ayam Penyet BEST Alpha Angle Grand Launch Ayam Penyet BEST Alpha Angle Grand Launch Ayam Penyet BEST Alpha Angle Grand Launch Ayam Penyet BEST Alpha Angle Grand Launch

Penutup majlis, sudah pasti masa untuk tetamu merasai sendiri keenakkan menu masakan Ayam Penyet Best yang sudah terkenal. Hari itu, kami mencuba menu seperti Ayam Penyet, Udang Penyet, Empel Penyet, Dendeng Balado, Udang Balado dan banyak lagi. Rasa menu memang sedap dan menjilat pinggan #BestSekali4All

Untuk maklumat lanjut, korang semua boleh layari laman website www.ayampenyetbest. com dan Facebook Fanpage Ayam Penyet BEST 
 

Ayam Penyet #BestSekali4All

Ayam Penyet BEST Alpha Angle Grand LaunchGrand Launch Ayam Penyet Best

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.