Site icon Travel Blogger Malaysia

Koleksi Jam GShock DW6600 Foxfire Vintage Made In Japan

Setiap kali peluang travel ke Jepun, MrJocko akan cuba ambil masa untuk melihat dan beli beberapa koleksi jam Casio G-Shock di Jepun. Ini kerana, ada beberapa model, jam itu lebih murah di sana. Tetapi kali ini, MrJocko beralih angin, cari Koleksi Jam GShock DW6600 Foxfire Vintage Made In Japan.

Untuk cari koleksi jam vintage di Jepun tidak la mudah. Kena ada banyak masa untuk survey lokasi tempat jam model-model vintage di jual di Jepun. Antara yang paling popular ialah di lokasi Flea Market di Jepun. Nak tahu di mana, boleh baca entry ini Tokyo Flea Market.

Baca : Tempat Beli Borong Jam G-Shock Original Murah-Murah

GShock DW6600 Foxfire Vintage

 


GShock DW6600 Foxfire Vintage Made In Japan

GShock DW6600 Foxfire Vintage Made In Japan
 

Memandangkan model ini, GShock DW6900 Foxfire Vintage antara model jam Casio G-Shock yang menjadi buruan ramai peminat jam G-Shock dan juga collector, ia menjadi barang panas di pasaran Malaysia. Kalau ia dalam keadaan yang masih elok, cantik, bersih dan tiada calar, harganya boleh mencecah sekitar RM400 hingga RM600, mengikut model tertentu. Jika ia model kolaborasi, harganya pasti lebih mahal.

Dan kalau ia masih mempunyai kotak dan tag harga serta manual yang lengkap, harga akan naik bergantung kepada model dan jenis.

Update : Koleksi Terbaru Jam GShock DW6900 Amuro Ray Gundam

Gambar ketika beli di Flea Market Jepun
Masa untuk Custom

Kalau anda nak custom atau nak repair balik jam GShock DW6900 Foxfire Vintage ni tidak la susah sangat. Janji ‘module’ jam masih lagi elok. Yang lain, bands, bezel, buckle dan keeper boleh dibeli kemudian samada mencari model asli ataupun model yang dijual oleh pihak ketiga sebagai part aksesori.

Harga untuk bezel dan bands bagi model DW6900 sekitar RM50 hingga RM190 bergantung kepada jenis dan warna. nak murah, beli sahaja bands dan bezel ‘clear jelly’ yang berharga sekitar RM30 – RM45.

Jam Vintage GShock DW6600 Foxfire Japan


 

Model GShock DW6900 Fox Fire Hitam dan Kuning

Casio G-Shock DW6900 Fox Fire Baru

Bagi peminat jam tangan Casio GShock DW6900 Foxfire Vintage, ia satu kepuasan. Rata-rata peminat G-Shock pasti ingin memiliki salah satu dari model DW6900 Fox Fire ini.

Kenapa model GShock DW6600 Foxfire Vintage ini popular? Entah. Saya tiada jawapan khusus. Yang MrJocko tahu, model yang tertulis Fox Fire ini adalah model untuk jualan JDM (Japan Domestic Market) sahaja. Maknanya ia hanya dijual di Jepun dan bukan di luar negara.

Lagi satu, ada beberapa model Fox Fire seperti GShock DW6600 Foxfire Vintage ini ada tertera tulisan G di dalam screen jam. Ia unik. Untuk model lain, ada banyak lagi mengikut jenis dan model jam G-Shock tersebut.

Kesimpulannya, kalau ke Jepun, ada peluang untuk masuk ke kedai Pre-loved atau ke Flea market di Jepun, cuba la cari jam G-Shock Vintage. Mana tahu, kebetulan ada yang menjualnya dengan harga murah.

Korang minat jam G-Shock tak?

Exit mobile version