GT Mobile GT888 Specs Yang Mungkin Anda Nak Tahu
|Rezeki hari tu masa singgah di Majlis Pelancaran GT Dollar di Malaysia, MrJocko menerima satu gadget terbaru dari syarikat GT Group. Alhamdulillah, dapat satu unit smartphone GT Mobile model GT888. So, MrJocko nak kongsi info tentang GT Mobile GT888 Specs Yang Mungkin Anda Nak Tahu.
Produk GT Mobile dicipta di Singapore dan dibuat di China. Ia mempunyai teknologi yang berbaloi untuk anda cuba dengan harga yang berpatutan.
GT Mobile GT888 Specs
CPU : 24 bit processor Quad core 1.0GHz CPU
RAM : 2GB/1GB
ROM : 16 GB
Battery : 2550mAh
Size : 5.5 inch
Resolution : HD 1280*720 pixels
Material Display : Corning Gorilla Glass 3
Rear Camera : 8MP
Front Camera : 5MP
Video : up to 4K
Dual Sim
Bluetooth 4.0
Android 5.1 Lollipop
Korang tengok saiz dia 5.5″ pun memang dah nampak besar. Kena dengan kualiti Gorilla Glass yang memang buat gambar jadi terang dan sharp. Jangan lupa, RAM untuk kamera ini adalah sebesar 2GB dan memang cukup untuk bermain game atau rakaman video yang jelas. Rakaman Video dari kamera ini boleh cecah kualiti hingga 4K.
External storage untuk GT888 hanya 16GB tetapi ada slot untuk tambahan memory card. Satu lagi yang menjadi pilihan, ialah fungsi dual sim untuk kegunaan dua talian telefon.
Kalau beli smartphone dari GT Mobile, anda tak perlu risau. Ini kerana dalam kotak smartphone ini sudah disertakan sekali dengan aksesori tambahan seperti Clear Soft Cover Phone dan juga Screen Protector untuk smartphone anda. Tak perlu la nak beli lain, jimat dan lebih selamat bila guna telefon dari GT Mobile.
Banyak info lain tentang kelebihan smartphone dan spesifikasi GT Mobile GT888 dari Singapura yang boleh anda ketahui. Layari sahaja laman web http://www.gtmobile.sg/gtmobile/item/281-gt-888