Gundam Diver City Plaza Tokyo Ada Robot Gergasi Unicorn Gundam
|Sesuatu yang menakjubkan ada di Odaiba. Lokasi di Diver City Plaza Tokyo. Berhadapan dengan taman, terdapat dengan gah, robot gergasi. Kalau ke Tokyo, jangan lupa singgah ke Gundam Diver City Plaza Tokyo Ada Robot Gergasi Unicorn Gundam. Robot ini, mengujakan sesiapa sahaja yang melihatnya.
Kalau sebelum ini, sejak tahun 2012, ia diletakkan model Gundam RX-78-2, yang kemudiannya telah alihkan dengan di gantikan dengan Unicorn Gundam bermula tahun 2017.
Gundam Diver City Plaza Tokyo
Alhamdulillah, sebelum ini, MrJocko sempat melihat gergasi Gundam RX-78-2 pada tahun 2015 yang lepas. Masa itu, MrJocko singgah bersama-sama dengan Travel Lawak, bersama Man Raja Lawak dan rakan-rakan.
Itu kali pertama MrJocko singgah di kawasan Odaiba, yang merupakan bandar mainan untuk peminat ‘toys’ Jepun.
Baca http://www.mrjocko.com/2015/06/trip-bajet-ke-tokyo-travel-lawak-part-4-2.html
Gundam Diver City Plaza Tokyo
Model Unicorn Gundam yang terbaru ini baru sahaja dipasang pada pertengahan tahun 2017. Ia kini menjadi salah satu tarikan utama di Odaiba dan juga Diver City Plaza Tokyo.
Patung robot gergasi Unicorn Gundam itu terletak di hadapan pintu masuk ke Diver City Plaza Tokyo dan ia mengadap taman yang cantik. Waktu musim bunga seperti waktu MrJocko singgah pada bulan Mac 2018 yang lepas, ia antara musim sesuai kerana kawasan ini dipenuhi dengan pelbagai bunga termasuk bunga Tulips dan juga Cherry Blossoms.
Untuk info, patung Unicorn Gundam ini didirikan dengan saiz sebenar mengikut skala dalam cerita Gundam, setinggi 19.7 meter. Sekali lihat, macam robot yang hidup di laman Diver City Plaza Tokyo.
Ia adalah lokasi sesuai untuk melancong bersama rakan-rakan, rakan pejabat, malah satu pengalaman yang lebih baik, jika bersama keluarga dan anak-anak. Di dalam Diver City Plaza Tokyo, ada bermacam-macam pilihan mainan yang boleh di beli samada mainan anak perempuan, mainan anak lelaki ataupun mainan yang dikenali sebagai “big boys toy”.
Oh ya!. Kalau korang memang die hard fan Gundam, di tingkat atas bangunan Diver City Plaza Tokyo ada satu sudut yang besar meletakkan kawasan mainan figurines Gundam yang dinamakan The Gundam Base Tokyo.
Tiket masuk adalah percuma, dan boleh dapatkan koleksi terbaru Gundam untuk koleksi korang. Pastinya berbaloi.
Ini satu lagi lokasi wajib lawat kalau ke Tokyo, khususnya kawasan Odaiba, Berdekatan kawasan ini, ada banyak lagi yang menarik termasuk Patung Liberty, Fuji TV, Ducati Tokyo dan juga Tokyo Bay.