Alhamdulillah, minggu lepas Baby Kayla terima satu lagi hadiah. Kali ni dapat satu set Baby Bed Cradle dari rakan-rakan Mummy di pejabat. Molek sangat la tu dapat hadiah ni sebab memang kami belum ada lagi. Banyak juga kami terima Hadiah Untuk Baby Kayla
Baby Cradle ni jenis tilam lembut untuk tempat tidur bayi. Yang istimewa, ia punya cover jaring yang sesuai untuk menghalang dari nyamuk menggigit bayi. Jenisnya pula ringan dan senang untuk dibawa ke mana sahaja.Senang la lepas ni nak letak Baby Kayla tidur dalam tilam ni. Nak bawa travel pun senang.
Terima kasih kepada rakan-rakan dan saudara mara yang bersusah payah dalam memberi hadiah kepada Baby Kayla. InsyaAllah, Hadiah Untuk Baby Kayla ini akan menjadi benda yang berguna kepada anak-anak MrJocko.
Facebook : www.facebook.com/GlamorousMrJocko
Twitter : @MrJocko
Instagram : @MrJocko