Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hafiz Juara, Ustaz Azhar Idrus juga Chempion

Malam ni ada event Anugerah Juara Lagu di Stadium Putra Bukit Jalil.
Hafiz AF berjaya menyandang title Juara Lagu ke26 dengan persembahan lagu Awan Nano. Lagu hasil karya M. Nasir dan Lirik karya Budi Hikayat.
Hafiz juga berjaya bawa balik title Vokal Terbaik AJL 26. Paling aku rasa berbaloi, persembahan bersahaja dan sangat sempoi. Tiada baju mahal, tiada suit atau tuxedo jenama. Sekadar ber”t-shirt” lusuh dan seluar track-bottom. Ala kampung dengan langsung tidak berkasut atau selipar. Cuma sedikit props dan juga bantuan lakonan Herman Tino.
Memang berbaloi Hafiz menang.

Di Shah Alam pula, ada majlis ilmu dan tarikan utamanya Ustaz Azhar Idrus. Ustaz tersohor masa kini.

Kalau awal tahun 2012, seramai 70,000 dikhabarkan turut serta, kali ini sasaran cuma 50,000 sahaja. Tetapi, dengar kata yang hadir, melebihi jumlah sasaran. Kali ini dibuat di Masjid Negeri di Shah Alam, Masjid Sultan Salahuddin Shah.
Aku sempat join melalui Ustream sajer. Kalau ikutkan list tadi, lebih 32,000 mengikut Live Streaming Ceramah Ustaz Azhar Idrus kat situ. Memang chempion Ustaz Azhar Idrus ni.
Semoga yang terbaik akan terus kekal, dan yang baik akan terus subur.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.