Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Restoran Mee Daging Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei

Cari menu makanan Halal Muslim di Taipei? Bukan susah sangat sebenarnya, hanya perlu buat carian sikit sahaja, pasti jumpa. Kali ini MrJocko nak kongsi satu lagi restoran halal di Taipei iaitu Restoran Mee Daging Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei. Lokasi restoran ini terletak dekat sahaja dengan Pejabat Taiwan Tourism Bureau di Taipei.

Restoran Mee Daging Halal Chinese ini sudah lama terkenal di Taipei. Mungkin sebab ramai tidak perasan kerana ia terletak di lorong belakang jalan utama dan papan tanda tulisan Cina yang ramai tidak kenal. Tapi hakikatnya, ia restoran halal mee daging terkenal di Taipei, Taiwan.

Baca : Makanan Di Restoran Halal Muslim

 


Restoran Mee Daging Halal Chinese Beef Noodle Restaurant Taipei

Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei
 

Menu Halal Muslim utama yang dijual di sini ialah menu Beef Noodles Soup (Sup Mee Daging) dengan Roti Pita. Dari luar korang dah boleh nampak seorang Tukang Masak perempuan menguli roti, macam nak buat roti canai. Tetapi, hasilnya ialah roti pita nipis yang biasanya di makan dengan Sup Mee Daging.

Selain itu, antara menu sampingan yang selalu ada ialah Dumpling Daging Stim, Daing Stim dan juga Sayur. Menu di sini berasaskan daging. Jadi, kalau korang peminat daging, ini adalah ‘syurga’ makanan korang di Taipei. 

 

Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei

 

Harga makanan Sup Mi Daging di sini sekitar TWD70 – TWD300 (MYR9 – MYR42) mengikut saiz. Kalau order untuk group lebih besar pasti harga lebih mahal. Selalunya, kalau datang berkumpulan, portion untuk menu di sini lebih besar dan berbaloi. Ada banyak menu lain yang boleh korang cuba di restoran ini.

 

Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei

 

Boleh baca beberapa review tentang menu Halal Muslim di restoran ini di rangkaian laman web Tripadvisor Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei. Rata-rata yang beri komen di ini mengatakan kualiti menu makanan di sini memang sedap dan terbaik.

MrJocko sendiri secara peribadi sudah dua kali ke sini. Ia memang menyediakan menu Sup Mee Daging yang lain dari lain. Kuah sup di sini agak ‘ringan’ berbanding rempah yang ada di Malaysia. Pun begitu, rasa manis daging lembut memang sedap dan berbeza. berbaloi kalau dapat makan di sini, tambah-tambah kalau untuk menu makan malam.

 

Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei

 

Kalau nak cari lokasi kedai Halal Chinese Beef Noodles Restaurant Taipei ini boleh cari di alamat ini di laman web Google Maps : No.1 Lane 137, Alley 7 Yanji Street, Da’an District, Taipei, Taiwan. Insyallah senang je jumpa…

Baca juga MrJocko Travel ke Kaohsiung

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.