Halal Food Sekitar Chatuchak Market Bangkok
|Jika anda melancong ke Bangkok, lokasi yang sememangnya diwajibkan untuk anda singgah ialah di Pasar Minggu Chatuchak Bangkok (Chatuchak Weekend Market). Chatuchak Market di Bangkok ini sememangnya sudah lama terkenal dan menjadi pusat tarikan pelancong di Bangkok sejak berzaman. Yang menarik, boleh dikatakan semua ada di sini dan ia memang luas untuk anda kunjungi.
Bagi anda yang belum sampai di Chatuchak Market Bangkok, anda boleh membuat perancangan dengan mudah dengan mengikut peta Chatuchak Market mengikut jadual yang anda mahukan.
Jika anda menaiki MRT, anda boleh berhenti di Stesen MRT Kamphaeng Phet atau di MRT Chatuchak Park dan berjalan kaki hanya beberapa minit untuk ke Chatuchak Market Bangkok. Jika anda menaiki LRT BTS, anda cuma perlu berhenti di Stesen BTS Mo Chit. Untuk info, Stesen BTS Mo Chit ini hanya bersebelahan dengan Stesen MRT Chatuchak Park.
Chatucak Weekend Market
Sudah pasti di Chatuchak Market Bangkok ini juga mempunyai banyak lokasi makanan Halal buat Muslim dan ia terletak di sekitar pasar minggu Chatuchak. Anda tidak perlu risau kerana anda boleh ke Restoran Halal Food, yang terletak di dalam bangunan Bon Marche Market (Food Center). Dalam bangunan ini sahaja ada beberapa restoran dan gerai yang menyediakan menu masakan Halal.
Jika anda berdekatan dengan Lung Perm Market, anda boleh cari Restoran Jirapan. Lokasinya belakang Thai Airways Head Office di Chatuchak. Kalau anda berada di Stesen MRT Kamphaeng Phet, anda boleh makan di Restoran O-Ho, berdekatan dengan pintu keluar Exit 2.
Di J.J. Mall Chatuchak, ada satu lagi restoran halal dikenali sebagai Restoran Orniphat. Ia terletak di Food Court J.J. Mall Chatuchak menyediakan menu masakan Thailand dan juga Nasi Beriyani.
Kalau anda sampai di Central Ladprao, bangunan shopping mall, anda boleh jumpa Restoran Ramazan yang terletak di Basement. Kat sini mereka sediakan menu masakan Arab.
Satu lagi yang agak terkenal di Chatuchak ialah Restoran You Sup. Ia terletak di Jalan Kaset-Nawamindra Chatuchak. Kata orang, restoran ni susah sikit nak jumpa, tetapi kalau anda follow Google Map atau Waze, mungkin senang untuk mencari restoran makanan halal di Chatuchak ini.
Di sekitar pasar Chatuchak itu sendiri sebenarnya ada banyak gerai masakan muslim yang menyediakan menu masakan ala-carte tetapi ia berupa masakan jalanan (Street Food). Bagi MrJocko, asalkan ia halal, tak kisah kerana ada beberapa gerai street food halal di Bangkok katanya memang sedap.
Untuk anda yang merancang untuk ke Bangkok dan Chatuchak, mungkin panduan mencari restoran makanan halal di Bangkok, sekitar Chatuchak Market Bangkok ini boleh memberikan serba sedikit panduan kepada anda, pelancong Muslim yang ini membeli belah di Chatuchak.
Terima kasih kepada Tourism Authority of Thailand atas maklumat yang dikongsikan untuk panduan bersama.