Halal Taiwan Aktiviti Menarik Di Musim Panas
|Memasuki bulan Ogos, bermaksud bulan terakhir di Musim Panas di negara Taiwan. Walaupun ia tidak terlalu ketara dengan kepanasan melampau, namun ramai pelancong menunggu untuk berkunjung ke Taiwan pada setiap musim panas kerana banyak aktiviti menarik akan dianjurkan oleh penganjur di seluruh negara. Antara pakej travel Halal Taiwan Aktiviti Menarik Di Musim Panas, anda boleh memilih beberapa aktiviti signature di sini bergantung kepada bajet anda.
Samada anda memilih untuk berada di banaraya Taipei, Taichung, Tainan, Yilan, Hualien, Taitung dan Kaohsiung, pasti akan ada banyak aktiviti yang boleh anda teroka ketika melancong ke Taiwan.
Baca : Tempat-tempat Menarik Di Taipei
Halal Taiwan Aktiviti Menarik Di Musim Panas
Antara aktiviti popular di Taiwan bila tiba musim panas termasuklah Festival Belon, Sculpture, White Water Rafting, Persembahan Bunga Api, Taiwan Kulinari, Formosa Festival, Festival Bunga Daylily dan banyak lagi.
Sebagai contoh, jika anda berminat untuk melihat keindahan pemandangan langit yang biru dipenuhi dengan belon panas di udara, anda boleh ke Luye Highland, Taitung County. Di sini, Festival Belon Udara Panas diadakan hanpir setiap tahun pada musim panas.
Pantai di Taiwan tidak kurang yang menarik. Antara aktiviti popular di Musim Panas di Taiwan berdekatan dengan pantai ialah Sculpture Pasir Pantai. Anda boleh rancang perjalanan anda ke Fulong Beach, Taipei.
Kawasan pantai yang terletak di hujung Pantai Timur Taiwan ini antara lokasi popular untuk berenang dan dijadikan lokasi pameran sculpture pasir pantai disertai oleh banyak negara saban tahun.
Bagi anda yang sukakan aktiviti lasak dan cabaran, Taiwan juga ada banyak lokasi sungai yang boleh anda terokai untuk sukan White Water Rafting. Sediakan peralatan anda dan anda boleh ke Hualien, di sana ada sungai hebat dikenali dengan nama Xiuguluan River. Laluan sungai ini terkenal dengan sukan air di Taiwan.
Sebelah malam, ada juga beberapa aktiviti yang boleh anda sertai secara percuma. Paling terkenal di Taiwan ialah Persembahan Festival Bunga Api bila tiba musim panas. Ada banyak lokasi yang boleh anda pilih, termasuk di sekitar bangunan Taipei 101, dan ada juga dikhabarkan di Tainan mempunyai persembahan bunga api yan gsangat menarik.
Sila rujuk pada Taiwan Tourism Bureau Malaysia untuk mengesahkan lokasi aktiviti ini untuk rujkan pihak anda. Atau, dapatkan khidmat nasihat dari Travel Agent anda jika anda mahukan percutian Halal Taiwan yang berbaloi sepanjang anda berad di Taiwan.