Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hangatnya RAKUFest Di Publika Hargai Seniman Tan Sri P Ramlee

RAKUFest 2016 berlangsung dengan hebat di Publika, Kuala Lumpur dengan menampilkan 16 artis hebat Malaysia. Tujuan Rakufest kali ini adalah untuk menggabungkan unsur muzik dan seni bagi memupuk masyarakat supaya menghargai hasil kerja penggiat muzik dan seni tanahair untuk mengetengahkan bakat-bakat mereka. Hangatnya Hangatnya RAKUFest Di Publika Hargai Seniman Tan Sri P Ramlee.

MrJocko sempat singgah sekejap untuk bersama-sama bersua muka dan bertegur sapa dengan beberapa orang rakan artis termasuk Bro Noh Hujan dan juga Adira AF.

Persembahan yang bermula sekitar jam 12 tengahari hingga 10.30 malam bertempat di The Square Publika, KL. Antara artis yang telah membuat persembahan bertenaga pada hari tersebut di sesi awal jam 12.00pm hingga 5.00pm adalah Enterprise, Vega, Syamel AF, Narmi, Jin Hackman, Aril AF, Firman AF, Bil Musa dan Young Thousand.

Baca : Konsert Backstreet Boys 2015 Di Malaysia

 


Hangatnya RAKUFest Di Publika Hargai Seniman Tan Sri P Ramlee

rakufest 2016 publika

Sementara tu, sesi petang pentas RAKU Fest! pula, acara dimeriahkan lagi dengan persembahan Pesawat, Massacre Conspiracy (MC16), Adira AF, Altimet, Plague Of Happiness, Bittersweet dan Hujan. Peminat yang ada pada hari tersebut turut menyanyi bersama- sama artis kesayangan mereka sebagai tanda sokongan kepada idola mereka. Biarpun cuaca agak kurang mengizinkan, namun ianya bukanlah penghalang bagi artis-artis yang terbabit untuk menghiburkan peminat yang hadir.

Rakufest di Publika Kuala Lumpur

Misi RAKU Fest! juga adalah untuk menggabungkan anak-anak seni tempatan dalam sesi penghargaan potret mural Seniman Agung Tan Sri P Ramlee di lokasi kesenian, Publika. 
Ramai yang akan bersetuju bahawa Allahyarham Tan Sri P Ramlee ialah seorang Seniman Agung yang amat sukar untuk ditandingi oleh mana-mana penggiat seni sehingga ke hari ini.

RAKUFest Di Publika

rakufest 2016 publika rakufest 2016 Publika 12 rakufest 2016 publika rakufest 2016 publika

rakufest 2016 publika rakufest 2016 publika rakufest 2016 publika rakufest 2016 Publika 10

rakufest 2016 publika

Untuk pengunjung yang hadir di Publika pada hari tersebut, mereka juga berpeluang untuk mendapatkan pelbagai koleksi limited edition dari gerai-gerai jualan di sini termasuk aksesori, t-shirt, pakaian dan juga beberapa menu pilihan di Food Truck terpilih.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai RAKU Fest! , boleh muat turun aplikasi RAKU dan dapatkan playlist raku.my/rakufest. Selain itu, boleh juga dapatkan maklumat melalui laman web Win.raku.my atau muat turun melalui Apple App Store dan Google Play. Peminat boleh mengaktifkan perkhidmatan Digi Music Freedom secara percuma dan menikmati penstriman muzik tanpa caj internet. Untuk maklumat lanjut layari musicfreedom.my

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.