Happy New Year Selamat Tahun Baru 2020 Dan VM2020
Satu Malaysia menanti Wawasan 2020 yang dilancarkan pada tahun 1991. Troll gambar kereta terbang di Malaysia, Bangunan cecah awan dan macam-macam lagi menyambut kemeriahan dalam Social Media, Facebook, Instagram dan Twitter. Semuanya kerana nak ucap Happy New Year Selamat Tahun Baru 2020.
Jangan serius sangat, ramai yang sekadar nak bergurau kerana ramai yang sedar impian untuk terbangkan kereta bukan semudah ABC. Negara maju pun belum ada kenderaan terbang (melainkan kapal terbang dan drone), inikan kita negara yang baru nak membangun.
Baca : Visit Malaysia
Happy New Year Selamat Tahun Baru 2020
Di Kuala Lumpur, seperti biasa sambutan Tahun Baru 2020 dengar kata meriah di kawasan popular seperti di Taman KLCC Park, Dataran Merdeka dan beberapa kawasan di Bukit Bintang. Sekitar Putrajaya pula, penuh dengan warna warni lampu neon dan juga percikan bunga api sempena kedatangan Tahun 2020.
Baca : Terima Kasih Pembaca Blog Travel Blogger Malaysia
Tahun 2019, memberikan banyak cabaran buat kami, Blooggers Media. Namun, akhir tahun membawa kepada awal 2020, seakan memberi rezeki baru kepada kami. InsyaAllah, tahun ini juga ada beberapa projek baru yang akan mula. Ia projek kemi sendiri dan diharapkan ia memberikan lebih sinar kepada team Blooggers untuk tahun-tahun yang akan datang.
Kami, tidak hiraukan cerita troll kereta terbang, bangunan futuristik dan teknologi tinggi. Kami hanya fokus kepada produk dan sirvis kami untuk bersaing di pasaran Malaysia dan Asia. InsyaAllah, kami buat, ada rezeki, Alhamdulillah.
Untuk semua rakan pembaca, klien dan juga rakan-rakan strategik Blooggers Media, terima kasih atas kerjasama dan sokongan sebelum ini. Teruskan sokongan anda untuk kami berjuang memberikan yan terbaik kepada semua.
Selamat Tahun baru 2020, Welcome New Year 2020 dan Selamat Tahun Melawat Malaysia 2020 (Visit Malaysia 2020).
Related Posts
-
Know Your Coffee – Wordless Wednesday
No Comments | Mar 27, 2013
-
Percutian Musim Panas Di Hong Kong ‘Soul Cool’
1 Comment | Sep 22, 2018
-
This Is Picture of My Last Workstation At Bank Negara Malaysia
2 Comments | Apr 25, 2012
-
Pasar Minggu Lad Tainod’s Green Market Phatthalung
1 Comment | Apr 2, 2020
About The Author
MrJocko
I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.