Lokasi Hard Rock Cafe Ho Chi Minh Di Vietnam
|Saya peminat Hard Rock Cafe. Bukan peminat tegar pun, cuma sekadar minat. Kalau kebetulan travel dan ada lokasi kedai Hard Rock Cafe, InsyaAllah MrJocko akan cuba singgah. Entry ini sekadar nak kongsi Lokasi Hard Rock Cafe Ho Chi Minh Di Vietnam. Terletak dekat sahaja dengan pusat bandar Ho Chi Minh.
Hanya beberapa minit berjalan dari Saigon Central Post Office yang terkenal, korang akan nampak dari jauh kedai Hard Rock Cafe Ho Chi Minh ini, bersebelahan dengan kedai Starbucks Coffee.
Baca : Tempat Shopping Best di Vietnam
Hard Rock Cafe Ho Chi Minh Di Vietnam
Ruang kedai Hard Rock Cafe Ho Chi Minh rasanya punyai saiz biasa sahaja dan sederhana. Kalau seperti di Hard Rock Cafe Dubai http://www.mrjocko.com/2015/10/hard-rock-cafe-dubai-wajib-singgah.html, kedainya agak besar dan luas. Paling kecil rasanya Hard Rock Cafe The Peak Hong Kong.
Ramai yang tahu, koleksi T-Shirt, Kemeja, Fridge Magnet, Pin, Scarf dan beberapa produk di outlet Hard Rock Cafe berbeza mengikut lokasi dan budaya tertentu. Sebab itu, koleksi Hard Rock Cafe ini menjadi pilihan ramai pelancong kalau melancong ke mana-mana negara.
Betul ada yang kata harga produk barangan Hard Rock Cafe agak mahal, tetapi kalau dikira dari sudut minat dan koleksi, ia mungkin tak jadi masalah bagi sesetengah peminat tegar koleksi Hard Rock Cafe.
Bagi MrJocko, kalau ada duit lebih, akan beli sehelai T-Shirt Hard Rock Cafe dan juga Satu Fridge Magnet untuk buat kenangan. Kalau ada member kirim, boleh la beli barang-barang lain sambil simpan points untuk Hard Rock Rewards.
Ada beberapa lokasi outlet Hard Rock Cafe memang jual T-Shirt dengan harga yang agak berbaloi. Tetapi ada juga outlet yang jual dengan harga yang agak mahal berbanding dengan harga di Malaysia.
Itu semua terpulang kepada bajet dan juga minat. Bagi yang betul-betul Die Hard Fans jenama Hard Rock Cafe, mereka selalu cari design T-Shirt, Fridge Magnet atau Pin yang dijual mempunyai rekaan Limited Edition tertentu. Contoh Grand Opening, Hard Rock Cafe Anniversary dan beberapa event lagi seperti Bike Week etc.
Rekaan T-Shirt jenis Hard Rock Cafe Limited Edition biasanya lebih mahal dan kalau dijual balik boleh dijual hampir sekali ganda bagi peminat tegar Hard Rock Cafe
Oh ya, kalau korang bernasib baik, selalu ada promosi Beli 4 Percuma 1 di outlet Hard Rock Cafe. macam T-Shirt perempuan ni, berbaloi juga kalau dapat beli 4 dan dapat 1 Percuma.
Nak lihat apa lagi yang menarik di Vietnam dan Hard Rock Cafe Ho Chi Minh, boleh layari laman web ini http://www.hardrock.com/cafes/ho-chi-minh-city/