Merayau di Lapangan Terbang tidak sesunyi dulu lagi, Ini kerana, ada tarikan terbaru di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Hard Rock Cafe kini DiBuka Di Terminal 1 KLIA. Jesteru itu, Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semakin mengujakan! Masa untuk anda travel dan tiba masanya untuk makan-makan di Hard Rock Cafe dan shopping di Hard Rock Shop yang luar biasa di dalam Terminal Kuala Lumpur International Airport.
Selepas ini, jika anda tergesa-gesa untuk menaiki penerbangan anda dan anda memerlukan cenderahati untuk keluarga, rakan atau rakan bisnes anda di luar negara, ini penyelesaiannya. Jangan risau, kini anda boleh membeli cenderahati tersebut di Hard Rock Cafe dan Hard Rock Shop sambil berseronok! Untuk orang Malaysia, pastinya koleksi cenderahati di sini akan menjadi koleksi yang hebat kerana ia adalah edisi terhad!
Baca : Hard Rock Cafe UENO Jepun
Hard Rock Cafe Kini DiBuka Di Terminal 1 KLIA
Untuk yang bertanya, Hard Rock Cafe Airport ini terletak di bangunan terminal satelit. Ia adalah laluan bagi kebanyakan penerbangan yang berlepas atau mendarat di sana adalah penerbangan jarak jauh. Jadi, jika anda memulakan pengembaraan domestik atau Asia Tenggara, mungkin memerlukan sedikit usaha untuk sampai ke tempat yang hebat ini. Tetapi percayalah kepada kami, ia akan berbaloi!
Selalunya peminat koleksi Hard Rock Cafe akan mencari beberapa koleksi peribadi mereka seperti TShirt, cawan, Fridge Magnet dan juga beberapa koleksi lain yang dijual sebagai Limited Edition. Paling best seller di Hard Rock Shop biasanya Fridge Magnet dan TShirt.

Apa yang kami tahu tentang Hard Rock Cafe KLIA ialah :
Status halal – ‘No Pork’ dan bahan-bahan yang diperolehi daripada sumber halal.
Alamat – Kafe Hard Rock, SAT-M-A03 & 21 & 16, Aras Mezanin, Bangunan Satelit, Terminal 1 KLIA
Waktu Operasi – 7.00 pagi – 11.00 malam (Setiap hari)