Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hard Rock Cafe The Peak Hong Kong Mesti Lawat

Mencari Hard Rock Cafe The Peak di Hong Kong tidak la susah sangat kerana lokasi HRC ini terletak di dalam bangunan Peak Tower Hong Kong. Cuma kalau nak ke sini, anda kena mendaki hingga sampai ke puncak. Semestinya, lokasi di The Peak Hong Kong memang menjadi tumpuan ramai pelancong, lagi senang nak ke sini.

Ruang di Hard Rock Cafe The Peak ini tidak la besar, ia adalah outlet yang agak kecil tetapi masih menawarkan pelbagai koleksi pakaian seperti T-Shirt Hard Rock, seluar serta aksesori dan koleksi Hard Rock Cafe yang menjadi buruan ramai peminat HRC serata dunia.

Baca : Kedai Hard Rock Cafe Athens Greece

 


Hard Rock Cafe The Peak Hong Kong Mesti Lawat

Hard_Rock_Cafe_The_Peak

MrJocko bukanlah peminat tegar Hard Rock Cafe, tetapi jika kebetulan ada rakan kirim, kebetulan terjumpa dan kebetulan ada masa, memang akan singgah dan beli beberapa helai T-Shirt untuk kiriman kawan-kawan. 

Kenapa ramai yang minat koleksi T-Shirt Hard Rock Cafe?

Berbeza lokasi dan tempat Hard Rock Cafe, mereka mempunyai koleksi rekaan T-Shirt yang berbeza setiap masa. Selalunya yang menjadi pilihan adalah Hard Rock Cafe City Tee berwarna putih, Limited Edition Tee dan juga koleksi Fridge Magnet yang berbeza mengikut outlet Hard Rock Cafe.

Ada beberapa koleksi lain turut menjadi pilihan pengumpul seperti cawan kecil, Pick Guitar, Pins dan banyak lagi. Lain peminat lain yang di simpan. Tapi yang pasti, setiap Hard Rock Cafe mempunyai identiti masing-masing.

Hard_Rock_Cafe_The_Peak Hard_Rock_Cafe_The_Peak Hard_Rock_Cafe_The_Peak

Hard Rock Cafe The Peak terletak di puncak tertinggi di Hong Kong, Peak Tower. Anda boleh naik ke The Peak ini dengan menaiki Tram, Bas ataupun Teksi. Cari alamat Hard Rock Cafe The Peak di bangunan The Peak, Level 1, The Peak Galleria, Hong Kong atau talian telefon +852 2849 4166.

Setakat ini dalam banyak-banyak Hard Rock Cafe yang pernah saya singgah, lokasi Hard Rock Cafe dan Hard Rock Shop ini antara lokasi simple, kecil tetapi memang berbaloi untuk dilawat. Paling best, cuaca dan view di The Peak Hong Kong memang mendinginkan. InsyaAllah, kalai singgah sini, takkan menyesal.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.