Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Hard Rock Cafe Yokohama Ada Banyak Koleksi Limited Edition

Setiap bandar ada keistimewaan bila di sana ada beberapa jenama antarabangsa meletakkan jenama mereka di sana. Sebagai contoh, di Yokohama ada produk francais Hard Rock Shop dan Hard Rock Cafe. Lebih menarik, di lokasi ini, Hard Rock Cafe Yokohama Ada Banyak Koleksi Limited Edition yang boleh anda beli.

Ini pertama kali MrJocko ke sini. Ia terletak agak tersembunyi sedikit memandangkan ia terletak di dalam bangunan shopping mall, tidak seperti lokasi Hard Rock Shop lain yang berada di kawasan jalan besar atau lokasi mudah lihat.

Baca : Review Tentang Hard Rock Cafe di Travel Blogger Malaysia

Hard Rock Cafe Yokohama

Hard Rock Cafe Yokohama Ada Banyak Koleksi Limited Edition

Kedai Hard Rock Shop di sini nampak macam agak kecil berbanding kedai Har Rock Shop di UENO dan juga Roppongi di Tokyo. Mungkin, atau mungkin sebab susunan kedai yang lebih banyak barang?

Tapi, secara peribadi, masa kami ke sana, ada banyak T-Shirt, Badge, Fridge Magnet dan beberapa produk lain di jual dengan harga yang murah, termasuk T-Shirt dengan harga cuma JPY4800 (MYR173) untuk dua helai. Bermaksud, sehelai cuma sekitar MYR87 sahaja. Murah. Kerana biasanya harga t-shirt Hard Rock Cafe di Jepun sekitar JPY3000 (MYR108).

Hard Rock Cafe Yokohama Ada Banyak Koleksi Limited Edition

Hard Rock Cafe Yokohama Ada Banyak Koleksi Limited Edition

Hard Rock Cafe Yokohama Ada Banyak Koleksi Limited Edition

Hard Rock Cafe Yokohama Ada Banyak Koleksi Limited Edition

Hard Rock Cafe Yokohama Ada Banyak Koleksi Limited Edition

Baca MrJocko dan Hard Rock Cafe

Untuk kedai Hard Rock Shop dan Hard Rock Cafe di Yokohama ni, ia terletak di shopping mall berdekatan dengan Port of Yokohama. Untuk info, kedai Hard Rock Cafe Shop terletak dalam bangunan Minato Mirai Tokyu Square. Ada simbol Gitar Hard Rock yang selalu menjadi ikon jenama Hard Rock Cafe.

Benda lain yang member-member beli pada hari tu, termasuk Hard Rock Drumsticks Limited Edition Yokohama, Badge Hard Rock Cafe, Fridge Magnet Hard Rock Cafe, Cap dan juga Jaket Hard Rock. Kata mereka harga yang dijual di sini memang murah berbanding harga di Hard Rock Cafe UENO dan Roppongi.

Bagi MrJocko, T-Shirt dan Fridge Magnet dah cukup. Kali ni cari design yang limited edition dan rare. Kalau model biasa, senang jumpa di lokasi lain. Cuma kadang-kadang mereka tukar nama lokasi sahaja.

Maklumat lanjut tentang Hard Rock Cafe Yokohama boleh dilihat di laman web rasmi mereka di pautan http://www.hardrock.com/cafes/yokohama/

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.