Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga 2 Biji Mangga Mahal Bernilai RM9500 Di Jepun

Terkejut juga bila mengetahui bahawa Harga 2 Biji Mangga Bernilai RM9500 Di Jepun. Mahal nya!!! Ini buah mangga jenis apa? Kalau dah harga macam ni, telan air liur kalau nak beli saja-saja.

Di Jepun, memang banyak barang-barang serta buahan yang memang jauh lebih mahal berbanding Malaysia. Antaranya buah Mangga. Kalau masa MrJocko pergi Tokyo tahun 2012, sempat la lihat harga Mangga sebiji RM100, tetapi kali ini, 2 biji mangga yang ditanam di selatan Jepun yang dijual pada Khamis lepas untuk nilai ¥ 300000 (RM9,500), harga rekod tertinggi bagi lelongan pertama buah pada musim ini.

Mangga ini dikenali sebagai “Taiyo Bukan Tamago” (Telur Matahari) jenama telah ditetapkan untuk dihantar melalui penerbangan udara dari Miyazaki di selatan Jepun ke kedai di sebuah jabatan di Fukuoka, di mana mereka mula dijual.

Baca : Mangga Epal Yang Sedap

 


Harga 2 Biji Mangga Bernilai RM9500 Di Jepun

mangga mahal jepun
2 Biji Mangga Bernilai RM9,500 Di Jepun

 

Untuk layak sebagai “Taiyo Bukan Tamago”, setiap buah-buahan mesti berat sekurang-kurangnya 350 gram (12 auns) dan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Buah memang mahal di Jepun dan ia bukan luar biasa.

Lagipun orang Jepun memang mementingkan kualiti produk. Kalau biasa kita dengan buah tembikai Jepun yang dibuat dalam bentuk empat segi, tiga segi dan kadang-kadang dalam bekas bentuk LOVE. Ia buah yang dijual untuk dijadikan hadiah.

Jangan sampai di Malaysia pun harga buah jadi mahal seperti buah Durian Musang King, yang kadang-kadang boleh mencecah nilai RM150 bagi setiap biji. Kalau buah Harumanis di Perlis pun boleh dikatakan mahal sebab harga boleh cecah sekitar RM20 – RM30 sekilogram bila tiba musim buah di Perlis.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.