Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Ayam Bakar Dan Nasi Kerabu Pasar Ramadhan

Semenjak bulan Ramadhan, sudah 3 kali MrJocko singgah di Pasar Ramadhan di Jalan Kuching. tempat yang luas, ramai peniaga dan bermacam menu yang ada, lebih-lebih lagi ramai penjual yang menjual menu masakan orang Kelantan.  

Selalunya kalau ke sini memang tak akan miss untuk beli Nasi Kerabu dan Ayam Bakar. Fuh!!! memang terbaek la. Kalau Nasi Kerabu Lauk Ayam harga cuma RM5.00 sahaja dan Ayam Bakar tu cuma RM3.00 seketul. Nak kata murah sangat tak jugak, tetapi harga makanan kat sini sepanjang bulan Puasa memang berbaloi.

Menu makanan berbukan lain di Pasar Ramadhan Jalan Kuching ada banyak. Pelbagai pilihan yang akan buatkan sesiapa sahaja yang datang ke sini akan rambang mata. Dari kuih muih bulan puasa, sup, makanan ringan, buahan, manisan dan lauk pauk makanan berat yang memang sedap dan sangat berbaloi untuk anda beli.

Untuk MrJocko, Ayam Bakar dan Nasi Kerabu cukup la, boleh la buat berbuka. Alhamdulillah, sedap,,,

 

 

Harga Ayam Bakar Dan Nasi Kerabu Jalan Kuching

 

Harga Ayam Bakar Dan Nasi Kerabu
Ayam Bakar Dan Nasi Kerabu

 

Harga Ayam Bakar Dan Nasi Kerabu

 

Ada member bagitahu, banyak juga lokasi Pasar Ramadhan lain yang menjual menu nasi kerabu dan juga ayam bakar. Ada sesetengah tempat, harga ayam bakar boleh mencecah hingga RM7 hingga RM8 untuk seketul. Nasi Kerabu pula bergantung kepada nasi dan lauk tambahan. Kalau ambik lauk mahal seperti udang atau sotong, mesti la lagi mahal kan.

Tapi secara purata, harga makanan di bulan puasa di Pasar Ramadhan sekitar Kuala Lumpur dijual dengan harga yang agak berbaloi. Cuma ada sesetengah gerai menjual makanan yang sudah hampir basi atau kurang bersih.

Biasanya, kalau harga makanan seperti ayam bakar, nasi kerabu, nasi lemak, nasi beriyani yan gdijual mahal, biasanya ia memang berbaloi dengan rasa. Kalau mahal sahaja, tapi tak sedap, itu namanya satu jualan yang tidak beretika, kan?

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.