• Fri. Sep 22nd, 2023

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur

Ada satu butik hotel di Kuala Lumpur menarik perhatian aku. Kala tak silap, hotel ini adalah antara rangkaian daripada network Tune Hotel yang terkenal di Malaysia. Namun, identiti luar butik hotel ini agak berbeza dari rekaan ikonik Tne Hotel di Malaysia. Kami kongsikan beberapa info termasuk berapa Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur yang boleh anda inap jika melancong ke Kuala Lumpur.

Hotel kecil ini terletak dilokasi strategik, di Jalan Tuanku Abdul Rahman Kuala Lumpur. Berada di sudut simpang empat jalan utama termasuk Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit dan Jalan Sultan Ismail. Sebelum ini, seingat aku, ia adalah tapak Tune Hotel KL, kemudian dijenamakan dengan nama The Chow Kit dan kini diberi nama MoMo’s Hotel.

Baca : Review Tune Hotel Jakarta

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur
 

Kami belum pernah menginap di sini. Jadi nak review secara jelas, adalah tidak adil kerana kami tiada pengalaman menginap di hotel butik ditengah kesibukan kotaraya Kuala Lumpur ini.

Apa yang aku tahu, mereka mempunyai dua jenis bilik utama termasuk Bilik Crashpad dan Bilik Bunkies. Setiap bilik disediakan untuk 2 tempat tidur dan mempunyai landskap bilik yang biasa dan bilik mengadap tingkat ‘city view’.
 

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur

Melihat kepada bilik Crashpad, ia antara rekaan dekorasi yang luar dari kebiasaan hotel. Disedikan Tilam Single dan juga pilihan Tilam Queen dengan perabut yang minimal. Harga untuk bilik crashpad bermula dari harga RM144. Harga mampu dengar untuk lokasi ditengah bandaraya.
 

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur

Harga Bilik MoMos Hotel Kuala Lumpur
 

Manakala, untuk jenis bilik Bunkies, ia satu rekaan yang unik garapan katil 2 tingkat, tetapi dibina dengan tangga tepi yang sangat cantik dan menawan. Bilik ini sangat sesuai untuk remaja dan memang punyai tarikan tersendiri. Ada pilihan bilik biasa dan juga pilihan bilik ‘city view’.

Harga bilik bunkies bermula dari harga RM154.50 sahaja.

Kalau anda menginap di sini, anda boleh jalan kaki sahaja ke kedai-kedai di Jalan TAR, Nasi Kandar Kudu, Nasi Kandar Yaseen, Nasi Kandar Saddam, RSMY Cheese Naan dan juga Pasar Chow Kit dan Pasar Malam Kampung Baru hari Ahad.

Tempah bilik anda dengan laman web rasmi mereka di sini Momos Hotel Kuala Lumpur.

Bagi kaki travel dan anda yang mencari lokasi butik hotel ini, boleh Google dan cari mereka di alamat 316, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Chow Kit, 50100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.