Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Buffet Ramadhan Berbuka Puasa Di PWTC Kuala Lumpur

Tahun ini, kita masih lagi meraikan bulan Ramadhan dengan norma baru. Banyak restoran dan hotel kembali menawarkan harg pakej buffet berbuka puasa yang menarik dan lebih murah berbanding sebelum ini untuk menarik tetamu mereka datang menikmati juadah berbuka di tempat mereka. Untuk pertama kali, Ramadhan 1442, saya memenuhi jemputan rakan-rakan berbuka diluar. Ini perkongsian saya Harga Buffet Ramadhan Berbuka Puasa Di PWTC Kuala Lumpur, Semarak Rasa Ramadhan Ruang Legar PWTC.

Dengan menggariskan SOP yang ketat kepada pengunjung yang akan berbuka di ruang legar PWTC ini, pihak penganjur Riverside Cafe PWTC (kini World Trade Centre KL) nampaknya memenuhi kriteria asas yang diperlukan sepanjang tempoh Perlaksanaan PKP ini. Mereka meletakkan ruang pendaftaran yang selesa dengan pendaftaran MySejahtera dan Buku Rekod serta hand sanitizer diletakkan di beberapa sudut untuk kegunaan tetamu.

Baca : Pakej Harga Buffet Berbuka Puasa di Bulan Ramadhan

 


Harga Buffet Ramadhan Berbuka Puasa Di PWTC Kuala Lumpur

Harga-Buffet-Berbuka-Puasa-Di-PWTC-Kuala-Lumpur copy
Semarak Rasa Ramadhan Buffet PWTC

Harga-Buffet-Berbuka-Puasa-Di-PWTC-Kuala-Lumpur-01
 

Harga pakej Buffet Ramadhan atau Buffet Berbuka Puasa di PWTC ini hanya RM80 bagi dewasa dan RM45 bagi Warga Emas berumur 65 tahun ke atas dan kanak-kanak berumur 7 – 12 tahun. Bagi kanak-kanak dibawah umur 6 tahun ia percuma.

Lokasi World Trade Centre KL ni terletak diantara tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Samada anda pilih untuk parkir di WTCKL atau boleh ke Hotel Seri Pacific atau Sunway Putra Mall. Kawasan ini tidak terlalu sesak dan mudah untuk keluar ke jalan utama.

Pilihan menu yang dihidangkan di sini boleh dikatakan pelbagai dengan pilihan menu yang agak sekata. Dari menu popular musim bulan puasa iaitu Kambik Golek, mereka juga turut menyediakan rendang daging yang sedap.

Pilihan Nasi Ayam, Sup dan juga Lemang, Rendang serta Ketupat juga antara menu popular waktu berbuka. Tidak ketinggalan, menu lauk pauk masalah orang Melayu seperti Gulai Ketam, Ikan Masak Cili, Gulai Ayam, Gulai Ikan dan banyak lagi.
 

buffet berbuka pwtc

buffet berbuka pwtc
Aneka Mee PWTC
buffet berbuka pwtc
Gerai Ais Kacang

buffet berbuka pwtc

buffet berbuka pwtc
Ayam Masak Cili
buffet berbuka pwtc
Gulai Ikan

buffet berbuka pwtc

buffet berbuka pwtc
Gulai Ketam
buffet berbuka pwtc
Ketupat PWTC
Semarak Rasa Ramadhan PWTC
Rendang

buffet berbuka pwtc
 

Susunan gerai agak selesa. Tidak terlalu rapat dan memudahkan tetamu untuk mengambil lauk pauk.

Paling wajib anda cuba kalau ke sini semestinya Kambing Golek, Rendang Daging, Pasta dan Aneka Sup yang disediakan. Pasti puas hati.

Menu lain seperti Ketam, ia diselang seli dengan menu Udang. Jika anda peminat udang, pastikan anda datang ketika menu tersebut dihidangkan. Kali ini, kami dihidangkan dengan menu Gulai Ketam yang sedap.

Layari info lanjut di laman pautan rasmi Riverside Cafe PWTC Semarak Rasa Ramadhan

Pilihan air juga ada pelbagai. Sirap Selasih antara yang wajib di cuba. Selain itu, Teh Tarik di sini juga menarik, rasa kaw susu memang berbeza.

Pencuci mulut anda boleh pilih dari puluhan jenis kek, agar-agar, kuih muih, manisan, buahan dan juga coklat yang terhidang. Paling tak boleh lupa, buah nagka yang manis, antara yang terbaik pernah saya rasa.

Mungkin ini adalah peluang untuk anda cuba sendiri menu berbuka di Semarak rasa Ramadhan PWTC. Sesekali berbuka diluar memang beri kelainan. InsyaALlah anda akan puas hati.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan, Selamat Berbuka dan berhati-hati ketika musim Covid-19, #KitaJagaKita.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.