Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Durian Kampung Raub Sebakul Cuma RM50

Selepas beberapa bulan, kali ni baru dapat jumpa durian. Bukan main susah sekarang nak cari drian longgok sebab ramai peniaga biasa jual harga timbang. Mahal pulak tu. Biasanya, sekilo paling murahpun dijual dengan harga RM15 untuk durian kampung. Yang durian kahwin, lagi la mahal. Tapi, kali ni, terserempak dengan peniaga yang sedang lelong Harga Durian Kampung Raub Sebakul Cuma RM50, ada 5 biji sekitar berat 5kg.

Kami sekeluarga memang kaki makan durian. Kalau dulu, tiba musim durian, pasti akan beli. Masa tu, RM10 dan boleh dapat 4 – 5 biji durian. Tapi kini, RM10 cuma cukup untuk sebiji durian sahaja. Kalau Mousang King, Black Thorn, Kucing Tidur, Udang Merah, harga sekilogram saja dah cecah RM50 – RM80. Mahal nak mampus.

Baca : Jenis Durian Popular Di Malaysia

Harga Durian Kampung Raub

 


Harga Durian Kampung Raub Sebakul Cuma RM50

Harga Durian Kampung Raub Sebakul
 

Kali ini, singgah beli sebakul sahaja. Dengan harga RM50, sebakul durian ini ada sekitar 5 biji dan beratnya sekitar 1kg bagi sebiji buah. Sayangnya, durian longgok bakul ni tak boleh dipilih berasingan. Apa yang ada dalam bakul tu, itulah yang boleh dibeli. Nasib la kalau dapat isi mentah.

Nasib baik ada pengalaman dengan buah durian. Dapat la pilih bakul yang terbaik. Hasilnya, ada 3 biji bah dengan isi kuning dan tebal. Memang baka durian kampung, tetapi mngkin dari baka yang agak baik.
 

Harga Durian Kampung Raub Sebakul

Harga Durian Kampung Raub Sebakul
 

Ini saja cara nak beli bah durian yang murah. Kena la pandai pilih buah yang elok. Ada beberapa cara untuk pilih durian yang elok, termasuk goncang buah untuk dengan bunyi buah yang masak, tengok tangkai, samada isi kuning atau putih dan juga lihat pada bentuk durin dan tapak buah.

Memandangkan tak ada khidmat belah buah di sini, terpaksa lah pilih sendiri. Kalau durian timbang kilo, kita seharusnya minta penjual untuk belah dan lihat isi dalam. Sebabnya, kalau rosak, boleh terus ganti. Kalau mentah, pun boleh terus ganti. Kalau dah sampai rumah, baru tahu isi rosak atau mentah, susah pulak nak pulang balik kan?

Kalau di KL ni masih belum banyak gerai durian dibuka. Tempat korang camana??

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.