Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Durian Kampung RM15 Sahaja Musang King RM38 Sekilo

Hari tu singgah di Gombak. Harga Durian Kampung RM15 Sahaja Musang King RM38 Sekilo, di gerai tapak Uptown Sri Gombak. Ada beberapa jenis durian lain lagi termasuk D24 dan juga durian kampung kahwin. Semua baru sampai, baru diturunkan dari lori untuk dijual. Bau durian ni memang menusuk, memanggil-manggil untuk dibeli. Musim durian kembali lagi.

Namun, untuk setahun dua ini, ramai yang kata harga durian tidak la mahal sangat berbanding harga pasaran, namun sebab kekangan ekonomi di zaman pandemik Covid-19, ramai yang simpan hasrat untuk makan durian yang mahal.

harga durian kampung murah

Baca : Jenis-jenis Durian Popular Di Malaysia

 


Harga Durian Kampung RM15 Dan Musang King RM38 Sekilo

harga-durian-kampung-rm15-sekilo-01
 

Sebab dah lama tak makan durian, kali ini singgah untuk beli durian kampung sahaja. Harga pun dikira agak berpatutan dengan RM15 sahaja sekilo, kalau rosak boleh ganti. Itu jaminan biasa penjual durian.

Pilih 3 biji durian kampung dengan berat sekitar 6 kilogram. Jadi dengan harga durian RM15 sekilogram, maka perlu dibayar ialah RM90 sahaja. Cukup la buat kami sekeluarga ambik rasa makan durian kali ini.

Tips Beli Durian

Sebaiknya, kalau anda nak beli durian, Suruh penjual pilih durian yang kita mahu. Timbang dan bukak isi di gerai durian dan isikan dalam bekas. Kalau buah durian rosak atau tidak masak boleh ditukar serta merta. Ia menjimatkan masa dan paling dipercayai. Jangan pilih kemudian bawa balik ke rumah untuk dibuka, jika anda bukan pakar dalam bab memilih buah durian yang masak.
 

harga-durian-kampung-rm15-sekilo-02

harga-durian-kampung-rm15-sekilo-03

harga-durian-kampung-rm15-sekilo-04

Harga Durian Kampung RM15

Durian Kampung lonjong seperti ini, isinya lebih manis dan sedap.
 

Dari segi isi durian kampung kampung ni ada pelbagai jenis. Jangan tak tahu, ada banyak jenis durian kampung punya isi yang cantik, manis dan sedap. Tetapi kena pandai pilih. Lebih-lebih lagi kalau durian Batu Kurau, punyai durian kampung yang diiktiraf sebagai durian kampun terbaik di Malaysia.

Apa yang saya tahu, kebiasaan durian kampung yang jenis lonjong sedikit

Bagi yang nak beli durian, sekarang ada banyak cara yang lebih mudah. Antaranya beli durian secara online. Tempah melalui website, lepas tu akan dihantar melalui delivery Grab Food, Food Panda, Lalamove atau beberapa syarikat penghantara yang lain.

Ada banyak pilihan durian kampung yang murah ada dijual di laman sosial. Durian kampung kahwin juga ada dijual, malah durian premium seperti durian musang king dan durian black thorn (durian duri hitam) juga ada banyak dijual secara online.

Andai anda berada di sekitar Kuala Lumpur, boleh cuba beli durian online di EZY Durian di pautan ini.

Ramai peminat durian beli durian dari syarikat ini. Mereka ada beberapa cawangan di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dan mempunyai rangkaian perniagaan durian yang besar di Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.