Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga EMAS naik mencanak

Sejak dua menjak ni ramai yang kecoh pasal harga emas naik mendadak… Tak sampai sebulan naik sampai 2%.

Yang heboh dan happy duk cerita pasal emas naik tu, tak tau la saper. Maksud aku, orang yang dah beli emas, buat pelaburan, atau orang yang baru nak beli emas. Yang nyata, ramai member aku dah start berkira2 nak buat pelaburan dalam emas. Bagus la tu, untuk pelaburan masa depan.

Kosmo! semalam melaporkan harga emas diramal melambung tinggi dan bakal mencecah harga RM4,840 satu auns (28.3 gram) pada tahun ini. Khabarnya sekitar RM162/gram.

Harga emas naik secara berterusan sejak 2001 dan mencapai paras tertinggi iaitu RM4,472.23 satu auns pada Januari lalu gara-gara kebimbangan pelabur terhadap kadar inflasi kejatuhan nilai dolar serta kekacauan di Asia Barat.

Tapi dalam duk sibuk harga emas naik ni, rupernya, peniaga2 emas pulak yang duk risau dan dilanda masalah. Apa tak nya, makin hari makin kurang yang nak beli emas. Kenapa? Kerana harga naik mencanak-canak. Tambah2 di kawasan bandar-bandar kecil atau di kawasan pekan.

Majoriti yang beli emas kat kawasan sana hanya untuk pakai sendiri. Jadi bila harga dah naik, ramai yang duk tukar beli emas tiruan atau pun sekadar pakai suasa sahaja.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.