Site icon Travel Blogger Malaysia

Berita Terkini Harga Gula Naik 20 sen Sekilogram

Ada berita tak bagus untuk rakyat dengar. Berita TerkiniĀ Harga Gula Naik 20 sen Sekilogram dan ramai dah mula merungut sebab kalau barang asas naik, selalunya barang keperluan lain akan turut sama naik harga. Semua barang mungkin akan naik harga secara mendadak. berita harga gula naik ini akan buat ramai orang mula pening kepala.

Harga Gula Naik 20 sen Sekilogram

Harga gula naik lagi dan kini bernilai RM2.30 sekilogram selepas pengumuman Bajet 2013 semalam. Kerajaan memutuskan untuk mengurangkan 20 sen subsidi bagi setiap kilo gula.

Kalau ikutkan fakta, Malaysia mengimport sekitar 90% keperluan gula dalam Malaysia dan sememangnya jumlah tersebut sangat besar. Mungkin bagus juga kalau barangan seperti gula ni diberikan subsidi dalam jumlah yang kecil sahaja kerana ia boleh membantu serba sedikit ke arah kesihatan rakyat. Bila harga mahal, diharap rakyat mengurangkan penggunaan gula dalam makanan atau kegunaan harian.

Cuma apabila kenaikan barangan seperti Gula ini, rasanya tak lama lagi harga Kuih, Makanan, Teh Tariks dan sebagainya akan turut sama naik. Sebab itu, bila dengar harga gula naik lagi, adusss,,, ini memang buat hati runsing.

Tapi ada yang kata, kenaikkan harga gula sebab nak kawal dari penggunaan gula dalam makanan untuk mengelakkan dari penyakit. Ada logik tetapi apa pulak korang fikir???

Adakah dengan sebab naikkan harga gula, orang akan kurangkan gula dalam makanan dan minuman? Adakah sebab naikkan harga gula boleh membuatkan rakyat sihat? Yang ni perlu kena buat penyelidikkan lama sikit ni šŸ™‚

Exit mobile version