Satu bangunan di bahagian belakang Zhanxi Lu, ada tempat pemborong menjual jam tiruan jenama antarabangsa. Harga Jam Copy 1 To 1 Jenama Antarabangsa Di Guangzhou ini boleh dikatakan antara yang termurah pernah saya jumpa, dengan hasil buatan hampir sama dengan produk asli. Sekali tengok, tak ramai yang perasan ia buatan tiruan.
Tidak kira anda peminat jam model Rolex, Hublot, Panerai, Tag Heuer, Seven Friday dan banyak lagi model jam premium lain, hampir semua model terbaru boleh anda dapat lihat di sini.
Baca : Makan Sate Kambing Halal Di Guangzhou
Baca : Koleksi Jam GShock MrJocko
Harga Jam Copy 1 To 1 Jenama Antarabangsa Di Guangzhou
Plan asal, memang teringin juga nak survey jam GShock Copy Original atau jam GShock Copy 1 to 1 original. Tapi, puas pusing, memang tak jumpa. Mungkin kat sini bukan kedai yang menjual model GShock Tiruan. Bukan itu sahaja, tali jam model GShock pun susah nak dapat.
Di sini, kebanyakkan jam yang dijual adalah buatan copy 1 to 1 jenama yang mewah. Contoh, kalau jam Rolex, sebuah jam berharga dalam MYR25,000, di sini anda boleh beli dengan harga sekitar RM200 hingga RM300 sahaja. Murah kan?
Model lain pun banyak, cuma harga dan pilihan model yang ada berbeza beza mengikut minat dan model apa yang pembeli nak cari. Kalau di sini, rasanya paling banyak model Rolex Tiruan. Harga yang ditawarkan memang berbaloi. Tambah lagi, ada banyak jam yang copy 1 to 1 di sini ada fungsi yang hampir sama dengan jam original.

Untuk memudahkan anda mencari lokasi kedai, boleh semak info Kedai Jam di Zhanxi Lu Guangzhou.
Nasihat saya, kalau betul nak beli jam di sini, pastikan anda buat tawaran serendah yang mungkin. Bila dah dapat, beli. Jangan la tak beli, nanti kena maki. Sebahagian harga yang disebutkan pada mula-mula oleh penjual, biasanya boleh dibeli dengan separuh harga.
Sebagai contoh kalau harga CNY100, boleh di tawarkan hingga CNY50. Biasanya akan dapat. Kalau beli lagi banyak diskaun akan diberikan.