Site icon Travel Blogger Malaysia

Harga Jam G-Shock Di Don Quijote Jepun Murah

Salah satu tempat shopping best di Jepun ialah di Don Quijote. Kalau nak tahu, ada rahsia yang ramai tak tahu. Harga Jam G-Shock Di Don Quijote Jepun Murah berbanding harga yang dijual di shopping mall lain di Jepun. Sebab itu kalau ke Jepun, beli la jam di Don Quijote outlet.

Harga Jam G-Shock Di Jepun memang dalam lingkungan yang sama. Harga terkawal. Tetapi, ada beberapa lokasi kedai menjual jam G-Shock dengan harga diskaun mengikut promosi syarikat masing-masing.

Dapatkan Review Produk Terbaik di PopKeju.com




 

Harga Jam G-Shock Di Don Quijote Jepun


 

MrJocko dan survey harga jam G-Shock di Big Camera Jepun, Yodobashi Jepun dan juga shopping mall AEON. Memang harga jam G-Shock dan Baby G di Don Quijote jauh lebih murah. Tambah lagi, di Don Quijote, korang boleh beli jam G-Shock dan boleh claim TAX FREE on the spot di Tax Free Counter di sini. Nanti MrJocko akan kongsikan info pasal Tax Free Counter di Jepun ni.

Satu lagi, selain harga yang murah, ada banyak pilihan jam G-Shock dan Baby G di Don Quijote. Kalau korang peminat G-Shock, korang pasti akan teruja melihat koleksi jam limited edition G-Shock model Frogman, Rangeman, Mudman dan banyak lagi.
 

 

Kalau korang nak tahu, ada banyak koleksi jam G-Shock yang berharga sekitar 8000 Yen sahaja di sini selepas diskaun. Kalau beli banyak, lepas tolak TAX 8%, lagi la murah kan? Wah!!! Memang rambang bijik mata kalau singgah lihat jam G-Shock di Don Quijote Jepun.

Untuk kali ni, MrJocko beli jam untuk anak-anak. Rezeki dapat jam murah di sini, harga Baby G model BA-112 dengan harga hanya 9000 Yen (RM359) selepas diskaun. Dapat beli 2 pcs untuk Khalisha dan Hasya. Kalau nak tahu, harga Baby G tersebut di Malaysia sekitar RM669 untuk satu pcs.

Barang apa lagi yang boleh anda beli di Jepun? http://www.donki.com/en/

http://www.mrjocko.com/2015/08/apa-yang-boleh-di-beli-di-tokyo-jepun.html

 


 

Yang paling teruja untuk beli jam Baby G ni ialah wife MrJocko. Mummy Intan memang nampak excited sangat sebab lihat ratusan model G-Shock dan Baby G dengan harga yang jauh lebih murah berbanding di Kuala Lumpur.

Nasib baik juga Mummy Intan ada kat sini, mudah la sikit nak pilih jam untuk anak-anak kesayangan beliau. Pastinya kalau budak-budak suka warna fancy.

Untuk anda yang memang nak beli jam G-Shock di Jepun, jangan lupa singgah dulu di Don Quijote untuk survey model jam kesukaan korang. Survey dulu. Lepas tu buat perbandingan di kedai lain. Kalau dah puas hati, baru boleh beli.

Oh ya, jangan lupa di Don Quijote juga ada kaunter tebus TAX untuk pembelian jam G-Shock tersebut. Biasanya akan dapat refund dalam 8% dari jumlah pembelian. Dapat lagi rebat duit korang beli jam tadi. Jimat!!!

Ada lagi entry pasal Jam G-Shock di sini http://www.mrjocko.com/tag/g-shock

Baca : Cara Tebus Duit Tax Refund di Jepun.

Exit mobile version