Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Berbaloi Tak Beli Harga Japan Rail Pass Untuk Seminggu JPY33000

Khas buat mereka yang nak kembara dan terokai keindahan tempat-tempat menarik di Jepun dengan lebih mudah dan jimat, Saya syorkan supaya anda beli JR Rail Pass. Untuk sekarang harga semasa bagi Pass laluan jaringan JR ini dalam nilai JPY33000 (MYR1200), itulah Harga Japan Rail Pass Untuk Seminggu atau selama 7 hari.

Untuk nilai sebanyak ini, Japan Rail Pass seminggu, anda boleh menaiki jaringan JR dari Kagoshima, sehinggalah ke Pulau Hokkaido. Bayangkan betapa jimatnya kalau betul anda teroka Jepun dengan nilai hanya MYR1200 sahaja selama seminggu.

Harga Japan Rail Pass Untuk Seminggu JPY33000

Harga Japan Rail Pass Jepun

Memandangkan kali ini destinasi MrJocko ialah untuk ke Tokyo, tetapi penerbangan dari Kuala Lumpur turun di Osaka. Jadi, untuk lebih mudah dan cepat, saya naik Shinkansen dari Shin Osaka Station menuju ke destinasi Tokyo Station.

Klook.com

Kalau ikutkan harga biasa, dari Osaka menuju ke Tokyo dengan menaiki Bas, ia memakan masa sehingga 6 – 7 jam dengan bayaran sekitar JPY10,000 (MYR370). Kalau naik Shinkansen satu hala, ia memakan masa selama 2 jam 30 minit dengan kos JPY14460 (MYR520). Jadi, pilihan untuk beli JR Rail Pass ialah satu pilihan terbaik kerana ia menjimatkan kos pengangkutan semasa di Jepun.

Tips beli tiket Shinkansen dari Osaka ke Tokyo, ambik Window Seat sebelah menghadap Mount Fuji. View cantikkkk…

Harga Japan Rail Pass Jepun
sdr
Harga Japan Rail Pass Jepun
dav

Harga JR Rail Pass Jepun

Proses untuk beli pun mudah. Hampir semua stesen JR yang besar seperti Shin Osaka Station, Osaka Station, Tokyo Station dan banyak lagi ada kaunter untuk anda membeli JR Rail Pass ini. Hanya perlu sediakan Passport dan beli mengikut keperluan anda seperti untuk 7 hari, 14 hari atau selama 21 hari.

Harga JPY33000 ialah harga yang saya beli ketika di Osaka. Jika tempat lebih awal secara promosi atau online, ia lebih murah. Boleh semak harga JR Rail Pass Jepun murah di laman web ini Japan Rail Pass Tickets

Harga JR Rail Pass Jepun

Harga JR Rail Pass Jepun

Harga JR Rail Pass Jepun

Tempat duduk dalam Shinkansen pun memang selesa dan luas. Kalau nak buat kerja sementara nak ke destinasi pun boleh sebab ia ada meja khas di hadapan anda. Ada servis jualan minuman dan makanan serta ruang untuk ‘smoking room’, bilik air serta sinki untuk membasah tangan. Memang servis dalam Shinkansen adalah terbaik.

Untuk baca kisah pengalaman naik Shinkansen MrJocko dari Shin Osaka ke Fukuoka, boleh baca di sini MrJocko Ke Fukuoka

Kesimpulannya, harga untuk Japan Rail Pass Jepun ni memang berbaloi untuk dibeli. memang nampak mahal, tetapi kalau anda nak teroka Jepun dari Barat ke Timur (Kagoshima ke Sapporo), ia memang satu perjalanan yang sangat berbaloi.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.