Site icon Travel Blogger Malaysia

Harga Kereta Perodua Kelisa Auto 1.0 CC Tahun 2002

Sejujurnya tak mudah nak cari kereta terpakai model Perodua Kelisa. Harga Kereta Perodua Kelisa Auto 1.0 cc Tahun 2002 pun masih lagi tak jauh beza dengan harga kereta Honda terpakai, kereta Proton Saga terpakai dan beberapa kereta import lain. Kalau nak dibandingkan dengan kereta buatan Korea dan China, jauh bezanya. Ternyata model keluaran asas Jepun ini masih lagi menjadi permintaan ramai.

Setakat ini, model Perodua Kelisa antara kereta Kompak Jepun yang masih stabil harga jualannya walaupun ada yang telah mencapai umur lebih 20 tahun. Ambil contoh kereta ini, keluaran tahun 2002, hampir 22 tahun yang lepas, masih lagi berada di sekitar harga RM5000 – RM15000.

Baca : Kereta Jepun Yang Terbaik

Harga Kereta Perodua Kelisa Auto 1.0 cc Tahun 2002

Sejujurnya tak mudah nak cari kereta terpakai model Perodua Kelisa. Harga Kereta Perodua Kelisa Auto 1.0 cc Tahun 2002
 

Atas-atas sebab personal, kami terpaksa beli juga sebuah lagi kereta untuk kegunaan. Memandangkan sekarang buka waktu senang kami, terpaksalah berjimat dan guna sumber yang ada. Sebab itu, pilihan utama, cari kereta lama, kereta terpakai.

Hampir 3 bulan mencari model-model kereta Perodua Kelisa ini, susah sangat nak cari harga kereta yang dijual dengan harga yang murah dibawah nilai RM8000. Pastinya jika ia diatas nilai RM10,000 tak mampu lagi kami nak meminang. 🙂

Hampir semua platform media kami cari. Facebook, TikTok, Carousell, Mudah.my dan banyak lagi. Kalau ada yang murah, kebanyakkannya model Manual, terlalu buruk, dan rosak yang ketara.
 


 

Jika ada kereta murah, pasti tak lama. Lambat sikit, mesti ada yang beli. So, pilihan kami tak banyak dah. nak tak nak, kala lepas ni terjumpa yang murah, kondisi okay, harga murah, maka beli sahaja. Kalau lambat, mesti orang dah bayar awal…

Jangan tanya kenapa kami tak cari kereta lain. Viva atau Kenari (antara bajet yang sama level), namun, model Perodua Kelisa ni antara yang paling competitive.

Jumpa model ni sekali lagi yang murah, aku tak nak tunggu dah, terus bayar deposit, bayar, tukar nama dan bawa balik untuk kegunaan kami sekeluarga.

Semoga kami jumpa kereta Perodua Kelisa Jackpot sehari dua lagi. Aminnn…

Exit mobile version