Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan 2022 Memang Mahal

Memasuki hari ketiga berpuasa, sudah banyak luahan tentang harga makanan dan minuman yang dijual di Bazaar Ramadhan dan Pasar Ramadhan sekitar bandaraya utama di Malaysia dikatakan mahal berbanding dengan harga tahun lepas. Pengunjung agak terkejut dengan kenaikan ini, namun terpaksa menerima hakikat bahawa Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan 2022 Memang Mahal ekoran dari kos bahan mentah dan kos operasi yang sudah lama naik selepas pandemik Covid-19.

Kalau sebelum ni, di Bazaar Ramadhan Jalan Kuching, jadi tumpuan kami sekeluarga untuk cari menu berbuka. Tahun ini, lokasi sama masih lagi meriah walaupun selepas 2 tahun terkesan dengan penutupan dan pandemik Covid-19.

Baca : Pasar Ramadhan Terbaik Kuala Lumpur

Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan 2022

 


Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan 2022 Memang Mahal

Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan 2022
 

Kami sendiri baru hari sempat singgah di Bazaar Ramadhan Jalan Kuching. Seawal jam 4.30 ptamg kami singgah, kelihatan laluan di ruang peniaga sudah penuh dan ramai yang menunggu giliran untuk masuk dan membeli makanan untuk juadah berbuka puasa.

Antara yang sempat kami lihat, Roti John dijual sekitar RM6 – RM7, Nasi Ayam RM8, Nasi Tomato RM10, Ayam Gunting RM8 – RM9, Nasi Lemak Biasa RM3, Aneka Kuih satu paket RM5, Laksa RM6 – RM7 dan banyak lagi. Memang, rata-rata harga makanan di Bazaar Ramadhan lebih mahal berbanding tahun lepas sekitar 20% – 30%.

Pun begitu, mungkin kerana dibeli untuk berbuka, pembeli terpaksa membeli untuk kepuasan sendiri. Nak masak sendiri, kebanyakkan dari kita tidak pandai. Apatah lagi kalau jenis lauk pauk seperti rendang, gulai kawah, biryani dan menu western.

Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan 2022

Harga Makanan Di Bazaar Ramadhan 2022
 

Rata-rata netizen juga mengakui bahawa dilokasi mereka juga memang ada kenaikan harga makanan yang ketara. Namun, ia difahami dan terpaksa rakyat hadapi ekoran dari kenaikan kos pengeluaran dan juga faktor-faktor lain berkaitan.

Antara komen yang menarik perhatian :

“Okay dah jumpa bazar, harga makanan semua mahal2 la.. tak salahkan peniaga juga sbb barang pun dah naik kan.. kalau peniaga ni jual murah2 mcm mana nk berniaga… kalau taknak habiskn duit banyak2 beli 2-3 benda je.. mcm sy harini 3 benda dah rm14.. sekian” – Shahriel Azhar Facebook

“Salam…. Kenaikkan melampau harga makanan di Bazaar Ramadan den tak kisah sangat… sebab kita boleh masak sendiri dan beli apa yg kita nak sahaja…
Tetapi den harap, gerai gerai makanan atau cafetaria di IPTA dan IPTS tidak buat macam ni di sana, kerana pelajar pelajar takda pilihan… kesihanilah mereka yg duit pocket ngam ngam jer parent bagi… Janganlah jual harga Bazaar… kalau nasi ayam pun dh 8 hingga 10 hinggit… terkulat kulat mereka. Kita pernah jadi student dulu kan…. Bagi keluarga yg ada anak di IPTA, bulan Ramadhan boleh huluq lebih siqit….. Selamat berpuasa dan belajar anak anak semua. ” – Yahya Ismail Facebook

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.