Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Makanan Food Truck Malaysia Adalah MAHAL

Trend terkini di Malaysia makin ramai yang mencuba menu makanan yang dijual menggunakan Food Truck. Secara peribadi, pengalaman sendiri, MrJocko berani katakan harga makanan Food Truck Malaysia adalah mahal. Malah ada sesetengah menu Food Truck yang dijual dengan harga tak masuk akal.

Pertama kali MrJocko mencuba menu Food Truck ketika satu event Wayang Pacak, hampir 2 tahun lepas di Bukit Kiara. Ya, harga makanan yang dijual memang memeritkan poket. Bayangkan air yang macam pasar malam dijual dengan harga RM5 hingga RM8. Menu makanan pula, rata-rata dijual dengan harga melebihi RM10.

Terbaru ketika event di Publika minggu lepas, ada beberapa Food Truck menjual menu ‘barat dan juga air minum shake katanya. Masih sama, tetap MrJocko kata mahal, tak sepadan harga.

Food Truck Malaysia

image

Kenapa MrJocko kata harga makanan Food Truck Malaysia Mahal???

1. Kebanyakkan Food Truck jual menu makanan dan minuman yang hampir sama atau copy paste dari menu-menu terkenal dari cafe yang punyai nama. Harga mereka murah sedikit dari harga premium, tetapi masih mahal jika nak bandingkan. Salah satu sebab, Food Truck ni punyai kos sewa yang terlalu rendah berbanding cafe biasa. Kenapa harga boleh hampir menyamai harga makanan premium?

2. Banyak Food Truck Malaysia tidak punya kemudahan meja dan kerusi untuk pelanggan. Tiada extra cost untuk itu, kenapa harga food truck boleh jadi mahal?

3. Servis food truck jauh lebih ‘slow’ berbanding cafe biasa. Selalunya, que panjang hanya untuk beli satu burger (contoh).

4. Minuman yang dibuat di Food Truck mungkin sedap. Tapi saya meragui kebersihannya. Mereka tiada akses bekalan air paip yang sempurna seperti cafe atau restoran. Kenapa harga air di food truck boleh cecah hingga RM10???

5. Siapa pernah makan menu makanan di Food Truck? MrJocko sendiri boleh andaikan 8 dari 10 food truck yang MrJocko cuba, tidak memenuhi rasa yang sepatutnya. Samada rasa tak sedap, tiada rasa langsung dan ada juga rasa air seperti Ais Kosong, sedangkan harga Air RM6 satu cup. Jadi, kenapa harga food truck boleh jadi mahal?

makanan food truck malaysia

makanan food truck malaysia

Makanan Food Truck Malaysia MAHAL

Mungkin sebab itu, MrJocko bukan peminat Food Truck. Bila pertama kali kena, dua kali kena, rasa macam sudah serik. Kalau berbicara pasala harga makanan di food truck, ya, mungkin boleh ‘tolak ansur’ sikit, tapi bila ingatkan masa menunggu untuk dapatkan makanan yang lama dan rasa yang tak sedap, terus terbantut.

Diharapkan, operator food truck di Malaysia akan menambah kualiti makanan dan juga sistem beli dan masak yang lebih cekap selepas ini untuk kepuasan semua.

Ini adalah pandangan peribadi dan ia tidak bertujuan untuk mengutuk mana-mana pihak.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.