• Wed. Oct 4th, 2023

Harga Mangga Harum Manis Perlis Yang Mungkin Korang Nak Tahu

harumanis perlis, harum manis,

Korang pernah makan buah mangga harum manis? Nak tahu Harga Mangga Harum Manis Perlis? Kalau di sebut Negeri Perlis, ramai yang akan kaitkan negeri kecil ini dengan produk buah Mangga Harumanis Perlis yang sangat sedap. Mangga Harum Manis yang berwarna oren ini memang manis, berjus dan sangat sedap. Setiap tahun, bila tiba musim buah harum manis, ramai yang akan tercari-cari buah mangga yang sedap ini.

Bagi peminat buah buahan tempatan, buah Mangga Harumanis antara buah yang paling berharga dan bernilai untuk produk buah-buahan tempatan di Malaysia. Ramai yang sanggup travel ke Perlis semata-mata nak beli dan makan buah mangga Harumanis yang asli.

Baca : Bila Tarikh Musim Harumanis Di Perlis

 


Harga Mangga Harum Manis Perlis

harumanis perlis, harum manis,
Harga Harumanis Perlis

 

Mangga Harumanis adalah salah satu produk mangga terbaik di dunia yang dihasilkan di negeri terkecil di hujung utara Malaysia, Perlis Indera Kayangan.

Walaupun sebahagian besar buah Mangga Harumanis kami dieksport ke Jepun, Singapura dan seluruh dunia setiap tahun, kami berhasrat untuk membawanya ke sesama rakyat Malaysia.

Tidak seperti buah mangga yang lain, Harumanis Mangga mempunyai rasa yang sangat berbeza. Mereka mempunyai rasa yang sedikit berkrim dan susu dan aroma yang sangat kuat dan berbeza dari mangga Siam.
 

Tapi anda tahu tak berapa harga bagi setiap kilo buah mempelam harumanis atau mangga Harum Manis Perlis ni? Ada peniaga yang rata-ratanya menjual buah mempelam atau mangga Harum Manis ini dengan harga RM20 setiap kilogram, malah ada yang lebih mahal dari harga itu.

Harga Buah Mangga Harumanis Perlis

Memang harga buah mangga Harumanis ni mahal kerana susah nak dapat dan kualiti buahnya memang sedap. Jangan terkejut jika di musim cuti sekolah nanti atau sekitar bulan Mei 2014 harga buah mangga Harumanis ini akan mencecah RM30 bagi setiap kilogram. Kalau anda dapat harga buah mangga Harumanis Perlis Indera Kayangan di bawah harga RM20 sekilogram bermakna anda dapat harga yang murah. Beli la, jangan tawar menawar lagi.

Jadi sesiapa yang ada ladang buah mangga Harumanis, musim ni adalah musim untung jual buah mangga la nampaknya. Masyuk…

p/s : ingat tahun 1995 masa jual buah mangga harumanis, cuma RM5 – RM6 jer sekilogram.

Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.