Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga BTS Meal McDonalds Di Malaysia Cuma RM15 Satu Set

Seminggu ni, agak viral kisah makanan fast food di Malaysia dengan keluaran set warna Purple, BTS Meal dari McDonalds Malaysia. Rata-rata anak-anak mudah seakan tak sabar nak beratur panjang semata-mata nak dapatkan set Popular keluaran khas McDonalds ini. Untuk informasi, ini Harga McDonalds BTS Meal Di Malaysia Cuma RM15 Satu Set, boleh beli di kaunter atau secara online.

Sebelum ini, McDonald telah mengumumkan bahawa BTS Meal akan tersedia di seluruh outlet mereka seluruh dunia di hampir 50 negara. BTS Meal dilancarkan di negara-negara terpilih dari 26 Mei hingga 25 Jun 2021. Malaysia adalah negara pertama yang menawarkan BTS Meal pada 26 Mei 2021.

Baca : Happy Meal McDonalds, Set Kanak-Kanak Berserta Mainan Yang Popular

 


Harga BTS Meal McDonalds Di Malaysia Cuma RM15 Satu Set

Harga McDonalds BTS Meal Di Malaysia Cuma RM15 Satu Set
 

Set lengkap BTS Meal McDonalds dihidangkan dengan 10 keping Chicken McNuggets®, medium World Famous Fries®, medium Coca-Cola dan Sweet Chili serta Cajun yang dicetuskan oleh resipi paling popular dari McDonald’s Korea Selatan.

Harga BTS Meal di Malaysia dijual dengan harga RM15 satu set di Semenanjung Malaysia dan RM18 satu set di Malaysia Timur (Sabah dan Sarawak). Untuk anda yang nak tempah pembelian secara online, Set BTS McDonalds Malaysia tersedia untuk penghantaran dari harga RM18.

Harga McDonalds BTS Meal Di Malaysia Cuma RM15 Satu Set 12

Harga McDonalds BTS Meal Di Malaysia Cuma RM15 Satu Set 11

Harga-McDonalds-BTS-Meal-Di-Malaysia-03

Harga-McDonalds-BTS-Meal-Di-Malaysia-04
 

Hari ni, terpaksa la jugak singgah di restoran McDonalds dekat dengan rumah untuk order makanan popular ni. Jangan risau, kami tak masuk ke dalam restoran, cuma buat pembelian melalui Pandu Lalu sahaja. Mudah dan Cepat. Tak perlu beratur panjang sebenarnya, ikut sahaja laluan drive thru yang ada di restoran McDonalds, tunggu, buat tempahan, drive lagi ke hadapan, bayar dan ambik pesanan yang telah siap. Setel.

Set ni hanya set biasa yang pernah kita makan. Cuma bezanya ia didatangkan dengan Cawan Purple tertera tulisan BTS Meal, kotak Nugget BTS Meal, Paper bag BTS Meal dan juga sos Cili dan sos Cajun. Itu saja.

Jadi, agak-agak berbaloi tak beli set menu popular yang tengah viral McDonalds The BTS Meal ni???

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.