Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Murahnya Harga Promosi Kain Di Jakel Shah Alam

Sekiranya anda ke Seksyen 7, Shah Alam pastinya anda akan melihat satu bangunan berwarna kuning berhadapan dengan pintu masuk belakang UiTM Shah Alam. Itu lah bangunan kedai kain terkenal Jakel. Pusat borong kain pasang yang murah dan banyak di Shah Alam. Setiap hari, ada sahaja Harga Promosi Kain Di Jakel Shah Alam.

Pastinya kalau anda ke kedai Jakel Shah Alam, saban hari akan penuh dengan pelanggan kerana di Jakel, hampir setiap hari adalah hari PROMOSI dan hari “SALE”. Bila dah ada promosi, harga jualan kain kain dan pakaian di Jakel sudah pasti lebih murah dengan pelbagai pilihan jenis dan corak.

 Promosi Harga Kain Di Jakel Shah Alam

 
Murahnya Harga Promosi Kain Di Jakel Shah Alam
Murahnya Harga Promosi Kain Di Jakel Shah Alam

Minggu lalu, MrJocko sempat singgah ke Jakel Shah Alam. Plan asal nak beli kain pasang untuk buat baju kurung wife dan anak-anak, tapi bila dah masuk ke Jakel Mall ini, rasa macam nak beli semua. Kain-kain di Jakel ni memang murah dengan harga promosi.

Sememangnya di Jakel, banyak pilihan kain-kain yang murah, cantik dan berkualiti. Pilih saja jenis kain mana yang anda mahu, semua jenis kain ada di sana. Boleh rambang mata jadinya. Kain pasang, kain satin, kain cotton, kain langsir, baju melayu untuk hari raya dan macam-macam lagi.

Murahnya Harga Promosi Kain Di Jakel Shah Alam

 

Harga Promosi Kain Di Jakel Shah Alam

Harga Promosi Kain Di Jakel Shah Alam 

Harga jualan kain di Jakel memang murah. Siap ada sale HAPPY HOUR, special diskaun dan juga special promosi. Kalau nak beli kain pasang untuk baju kurung, baju raya, baju kahwin, langsir atau kain untuk baju melayu, Jakel antara kedai yang anda mesti kunjungi.

 

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.