Harga Promosi Sunday Hi-Tea Best Western iCity
|Pernah terfikir nak makan macam-macam tetapi dengan bajet yang berbaloi? Ini peluang untuk anda di Shah Alam. Ada Harga Promosi Sunday Hi-Tea Best Western iCity hanya bermula dari RM45 sahaja untuk dewasa, dan 50% Off untuk harga kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Dengan pilihan pelbagai jenis menu makanan Malaysia, Asia dan juga pencuci mulut, pasti dengan harga promosi murah sempena Sunday Hi-Tea di The View Cafe @ i-City Shah Alam ini akan membuatkan semua orang happy. Apatah lagi kanak-kanak dengan pelbagai manisan sedap untuk mereka rasa.
Harga Promosi Sunday Hi-Tea Best Western iCity



Baca : MrJocko dan Food Review sebagai Food Blogger Malaysia
Hari ahad umpama hari ‘Cheat Day’ untuk mereka yang sukakan makanan. Walaupun ia berkonsepkan menu Hi-Tea, tetapi Restoran The View Cafe @ Best Western i-City menyajikan menu-menu terbaik mereka untuk tetamu restoran, tak kira samada anda menginap di hotel, atau hanya sekadar singgah untuk merasai menu Sunda Hi-Tea ini.
Kalau anda jenis yang sukakan menu yang agak berat, Nasi Goreng dan Nasi Ayam antara menu pilihan dengan pilihan lauk seperti sotong goreng, kepak ayam goreng dan juga ikan.
Menu lain pun tak kurang hebat. Kalau anda dalam diet, boleh cuba salad yang disediakan. Tapi, sebaiknya kalau makan di sini, makan lah sepuasnya, diet boleh dibuat kemudian 🙂
Paling ketara, anak-anak MrJocko, semua happy. Bukan sahaja dapat merasai meriahnya makan di Best Western dengan limpahan Chocholate Fountain, tetapi dengan pilihan aiskrim dan juga kuih muih yang pelbagai.
Lebih happy bila pihak hotel menganjurkan permainan untuk anak-anak dan ada Badut menghiburkan kanak-kanak dengan Balloon Sculpture. Yang ni memang highlight untuk mereka yang datang dengan keluarga dan ada anak-anak. Sangat berbaloi.
Sesi Sunday Hi-Tea Best Western iCity ni bermula pada jam 12.30 tengahari sehingga jam 4.00 petang. Duduk la makan kat situ sampai puas. Saya jamin, semua yang pernah cuba akan berpuas hati.
Nak lepak di meja dalam berhawa dingin atau nak rasai kelainan open space di ruang terbuka di luar, kedua-duanya tidak jadi masalah. Dua-dua ruang di The View Cafe @ Best Western memang menarik.
Berminat nak tempah pengalaman Sunday Hi-Tea di Best Western iCity, boleh call terus di talian +603 5521 9000 atau ke alamat di bawah :
Best Western i-City Shah Alam
Address: A-GF-01, No. 6 Persiaran Multimedia, Section 7, Shah Alam, 40000, Malaysia
Email: enquiry@bestwestern-icity.my