Alang-alang dah sampai di Jepun, MrJocko Survey Harga Robot Gundam Di Osaka Jepun. Harga robot mainan ‘big boys toys’ ini sebenarnya agak mahal juga berbanding mainan lain. Ia antara carian utama peminat mainan robot jika melancong ke Jepun. Bukan sebab ia murah sedikit berbanding harga di Malaysia, tetapi juga kat Jepun ni ada banyak koleksi ‘limited edition’ atau rare yang mungkin susah nak dapat di Malaysia.
Yang ketara, jika dikira harga dalam Yen memang nampak biasa, tetapi sebab nilai Ringgit Malaysia semakin jatuh, ia mungkin buatkan harga mainan robot Gundam ini semakin mahal berbanding dengan harga sebelum ini.
Baca : Apa Yang Boleh Di Beli Di Jepun
Survey Harga Robot Gundam Di Osaka Jepun
Sepanjang jalan utama di Shinsaibashi dan juga kawasan Dotonbori di Osaka, ada banyak kedai yang menjual mainan dan koleksi robot Gundam ini. Kalau masuk ke kedai mainan ini, peminat Gundam pasti akan teruja.
Bukan setakat model biasa, tetapi ratusan koleksi robot limited edition, prototype dan banyak lagi jenis yang mungkin menjadi ‘rebutan’ peminat Gundam.
Antara model yang menjadi pilihan ramai ialah model Prototype Mobile Suit Gundam. Banyak harga. Yang MrJocko ingat ada dua model ini dijual dengan harga 19,800 Yen (RM775) dan 59,800 Yen (RM2,340). Perghhh!!! Mahal tu…
Harga robot Gundam model biasa boleh dapat dalam harga bermula dari 2,000 Yen (RM80). Kalau pandai cari di lokasi kedai yang jual stok lama di Shinsaibashi atau Dotonbori boleh dapat koleksi lama yang mungkin rare tapi harga murah.
Oh ya! Harga mainan Robot di Don Quijote area Osaka juga boleh tahan murah. Ada beberapa barang mainan kat sini boleh claim Tax VAT lagi. Bergantung kepada jenis dan barang mainan.
Kesimpulannya, harga mainan Robot Gundam ni Jepun ni kalau nak dikirakan dengan harga Yen, memang tak banyak naik. Maksudnya tidak la menjadi mahal. Tetapi sebab duit kita jatuh, terasa pulak ‘mahal’ robot Gundam ni, lebih-lebih lagi model yang limited dan rare.
Namun, bagi peminat robot Gundam, itu tidak jadi hal kerana hobi mereka tidak kisah mahal, asalkan dapat robot pilihan yang pastinya susah nak dapat di Malaysia.
MrJocko cuma beli satu sahaja, itupun sebab terjumpa dalam satu promosi murah di sebuah kedai di Tempozan Marketplace. Harga asal tak tahu, tetapi ia dijual dengan harga 200 Yen sahaja (RM8).
Jadi, kalau nak cari koleksi robot Gundam yang murah dan terbaik, kena la rajin berjalan kaki masuk ke kedai-kedai mainan sepanjang Shinsaibashi dan Dotonbori. Mana tahu nasib korang baik berjumpa dengan mainan ‘terpakai’ atau ‘pre-loved’ items yang dijual dengan harga yang murah…