Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera

Evolusi smartphone kini sangat maju, hinggakan harga Samsung Galaxy A22 telefon pintar murah empat kamera ini dijual di Malaysia dengan harga hanya RM899 sahaja. Dengan bercirikan pelbagai spesifikasi terbaik dalam ‘level’nya, ia adalah peranti yang sesuai untuk anda yang mencari telefon dibawah bajet RM1000, tetapi mempunyai jenama terkenal dan nilai yang berbaloi.

Hadir dengan 4 kamera, ia pasti akan memberi kepuasan kepada semua pengguna sekarang, lebih-lebih lagi di zaman media sosial yang senang sahaja dipautkan dengan aplikasi Facebook, Instagram, TikTok dan juga rakaman gambar dan video seharian.

Baca : Harga Telefon Samsung Galaxy A72 HDi Malaysia

Harga Samsung Galaxy A22

 


Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera

Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera 0

samsung-galaxy-a22-quad-cam-01
 

Untuk nilai harga jualan runcit RM899, Galaxy A22 memang antara senarai telefon Samsung yang boleh anda beli. Dengan spesifikasi storan 128GB, yang boleh memuatkan ribuan gambar dan video di dalam satu simpanan serta boleh memuatkan pelbagai aplikasi sokongan untuk peranti anda.

Empat kamera yang terbina untuk telefon ini, termasuk untuk kamera utama 48MP (F1.8) OIS, kamera Ultra Wide 8MP (F2.2), kamera Macro 2MP (F2.4) dan juga Depth kamera 2MP (F2.2). Sangat berbaloi, cukup untuk hampir semua kegunaan kami bergambar termasuk kamera selfie dengan kualiti 13MP (fungsi bokeh).
 

Warna Yang Jelas Kamera Depan 48MP

 

Paling ketara, untuk model Galaxy A22, paparan skrin 6.6 inches, 105.2 cm2 (~82.3% screen-to-body ratio) bersama padanan resolusi 1080 x 2400 pixels, 20:9 ratio (~399 ppi density). Menjadikan kualiti gambar dan video sangat jelas.

Model ini dilengkapi dengan distem Multi Kamera untuk rakaman semua momen berharga anda. Nikmati pengalaman skrol, permainan dan video yang lancar pada paparan Infinity-U 6.4″. Punyai prosesor Octa-Core dengan kapasiti bateri tahan lama 5000mAH. Tidak lupa dengan tambahan RAM 8GB + ROM 128GB storan.
 

Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera 1

Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera 2

Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera 3
 

Harga Samsung Galaxy A22 Telefon Pintar Murah Empat Kamera

Saya sendiri singgah di Samsung outlet untuk lihat sendiri betapa berbaloi untuk membeli smartphone ini. Mengujakan, terkesima dengan paparan HD + Super AMOLED serta 600 nits untuk kejelasan. Kandungan di skrin kelihatan sharp, jelas dan menakjubkan. Fungsi Plus, Real Smooth menjadikan paparan ini lancar, tak kira sama ada anda sedang gunakan ia untuk bermain atau skrol ‘pelayar internet’.

Untuk dapatkan maklumat lanjut tentang telefon pintar Galaxy A22 yang berbaloi ini, layari laman web rasmi Samsung Malaysia.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.