Harga Seluar Jean Levi’s Murah Di JPO Murah Berbanding Kuala Lumpur
|Betul ke harga Jean Levi’s murah di JPO? Sebelum ni ramai yang kata Harga Seluar Jean Levi’s Murah Di JPO Murah Berbanding Kuala Lumpur.
Sekiranya anda pernah ke Johor Premium Outlet (JPO), semestinya anda tahu di sini sememangnya banyak produk yang dijual bertaraf antarabangsa dan berkualiti tetapi dengan harga yang agak murah berbanding harga jualan biasa.
Banyak barang berjenama dijual dengan harga yang murah di Johor Premium Outlet (JPO) ini, kena la pandai datang dan pilih sebab ada ketika memang harga yang ditawarkan amat berbaloi-baloi.
Harga Seluar Jean Levi’s Murah
Antara pilihan butik atau outlet pilihan MrJocko kalau ke JPO semestinya Butik Jean Levi’s. Di sini sememangnya banyak pilihan Jean Levi’s dari cutting 501, 505, 511 dan lain-lain. Di butik Levi’s JPO juga sudah punya satu sudut untuk produk pakaian Dockers.
Kali ini, MrJocko sempat sambar 2 helai Jean Levi’s jenis 505. Harga sebelum diskaun ialah RM259.00 dan selepas diskaun cuma RM149.00 untuk sehelai. Molek la tu, murah punya pasal ambik warna hitam dan warna biru. Ini semua sebab Harga Jean Levi’s Murah kat sini.
Harga Seluar Jean Levi’s Murah Di JPO
Untuk informasi tambahan, bagi yang bertanya, Levi’s 505 yang ni ‘Made in Pakistan’ dan secara peribadi ia antara kualiti yang bagus untuk jenama Levi’s.
Harga Jean Levi’s Murah di JPO mungkin sebab diskaun atau promosi hujung tahun oleh outlet di sini dan mungkin untuk jualan penghabisan stok.
Dulu, masa ke Gotemba Premium Outlet pun ada Jean Levi’s murah kat sana. tapi tak beli 🙁 http://www.mrjocko.com/2012/06/shopping-di-gotemba-premium-outlet.html