Site icon Travel Blogger Malaysia

Tips Travel Berapa Harga Sewa Coin Locker Di Jepun Murah Atau Mahal

Kalau kembara atau melancong ke Jepun, ada banyak kelebihan walaupun korang bawa banyak bagasi dan beg. Ini kerana di Jepun ada banyak lokasi mesra pelancong. Antara yang mudah untuk pelancong ialah servis Coin Locker di Jepun. Entry kali ini, MrJocko nak kongsi tentang Tips Travel Berapa Harga Sewa Coin Locker Di Jepun Murah Atau Mahal?

Sebelum ini, tak pernah MrJocko fikir nak guna Coin Locker di Jepun. Ini kerana kebanyakkan trip ke Jepun, kami pergi bersama Media Trip. Tapi kali ini, MrJocko bawa rakan-rakan melancong ke Tokyo dengan cara Free and Easy. Banyak bawa barang dan beg memandangkan member MrJocko banyak shopping dan beli barang-barang yang besar.

Baca : Tips Travel oleh Travel Blogger Malaysia

Berapa Harga Sewa Coin Locker Di Jepun Murah Atau Mahal

Tips Travel Berapa Harga Sewa Coin Locker Di Jepun Murah Atau Mahal

Baca juga entry MrJocko Melancong ke Tokyo

Kebiasaannya, ada banyak lokasi Coin Locker diletakkan di Stesen Keretapi, Stesen Bas dan juga Lapangan Terbang. Paling banyak terdapat di stesen keretapi di Jepun. Samada di Stesen JR Line ataupun di stesen keretapi syarikat lain, ada banyak ruang Coin Locker di sediakan dari saiz kecil hinggalah saiz besar.

Untuk lihat saiz Coin Locker di Jepun, boleh semak saiz di sini

Harga untuk sewa Coin Locker berbeza mengikut tempat. Sebagai contoh, MrJocko lihat harga Coin Locker di Osaka, harga sekitar JPY200 untuk sehari bagi saiz kecil, JPY300 untuk saiz sederhana dan JPY500 untuk saiz besar.

Manakala di Tokyo, harga ialah berbeza. Harga sewa Coin Locker sekitar JPY300 untuk sehari bagi saiz kecil, JPY400 untuk saiz sederhana dan JPY600 untuk saiz besar. Yang ini banyak terdapat di stesen keretapi di seluruh Tokyo.

Selama MrJocko lihat Coin Locker di Jepun, ada beberapa jenis. Antara yang terkenal ialah menggunakan Pin Number untuk setiap Coin Locker yang disewakan. Bila bayar nilai sewa Coin Locker, pengguna akan menerima 6 digit no pin sebagai KOD untuk membuka pintu Coin Locker mereka.

Satu lagi ialah dengan menggunakan kunci locker seperti cara biasa. Ia agak bahaya kerana takut pengguna terhilang kunci terebut dan pasti akan ada masalah untuk membukanya. Kalau Pin Number, boleh dirakam dengan smartphone atau dihafal lebih mudah.

Walaupun korang pertama kali menggunakan Coin Locker di Jepun, jangan risau. Ia sangat mudah. Ada arahan yang diberikan di setiap lokasi Coin Locker dalam bahasa Jepun, English dan kadang-kadang dalam bahasa Mandarin. Sekali baca korang akan faham.

Kalau nak tahu tentang Luggage in Japan, boleh baca informasi di laman web ini https://www.japan-guide.com/e/e2274.html

Exit mobile version