Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Sewa Rumah dan Sewa Bilik Di Tokyo

Tokyo antara bandaraya yang mempunyai taraf hidup yang tinggi di dunia. Mungkin ada yang bertanya berapa harga sewa rumah dan sewa bilik di Tokyo, Jepun. Sebab ada yang mengatakan, harga sewa bilik sahaja di Tokyo hampir sama dengan gaji seorang staff restoran makanan segera di Kuala Lumpur. Betul ke sewa bilik dan rumah di Tokyo sangat mahal?

 

 

 

 

Semasa MrJocko jalan-jalan di Euno Street, Tokyo, MrJocko sempat terpandang iklan harga sewa rumah dan sewa bilik di Tokyo, terutamanya di kawasan tersebut. Iklan yang berada di lorong pejalan kaki ni sememangnya menarik perhatian  kerana harga sewa rumah atau bilik tersebut sangat lah mahal kalau berbanding dengan Kuala Lumpur.

 

Cuba lihat harga sewa rumah atau sewa bilik di Tokyo yang di iklankan di papan tanda tersebut. Dengan harga sewa serendah ¥98,000 sebulan bersamaan RM3,900 sebulan dan saiz rumah tersebut hanya separuh saiz apartment di Kuala Lumpur.

 

Kalau nak besar sikit, ambil yang harga sewa ¥125,000 bersamaan RM5,000 sebulan. Itu hanya harga sewa untuk menetap di bandaraya Tokyo, cuba tambah kos makan, minum, pakaian, transport, aktiviti riadah dan macam-macam, mungkin kita akan terkejut bila kita lihat sendiri kos sara hidup yang sangat mahal di bandaraya Tokyo.

 

Jadi, kalau ada yang bertanya tentang berapa harga sewa bilik dan rumah di Tokyo, Jepun, MrJocko ada idea dan tahu betapa mahalnya kos sara hidup di Tokyo. Jadi tidak hairan kalau banyak barangan dan perkhidmatan yang ada di Tokyo agak mahal berbanding di Kuala Lumpur.

 

MrJocko.com

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.