Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Tambang KLIA Ekspres Naik Kepada RM55 Sehala

Harga tambang KLIA Ekspres dari KL Sentral ke KLIA atau KLIA2 sudah naik! Itu antara yang diperkatakan oleh member MrJocko beberapa hari lepas. Mulanya seperti tak nak percaya, tetapi bila sudah keluar berita tentang kenaikkan harga tambang ini, ia mengejutkan banyak pihak.

Antara petikan berita tentang kenaikkan harga tambang KLIA Ekspres ini termasuk :

“Tambang baharu Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi perjalanan sehala dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ke KLIA2 ialah RM55, berkuat kuasa mulai 1 Januari 2016, tahun depan, kenaikan pertama sejak pelancaran ERL pada 2002”

 

 

klia-ekspres-harga-tambang

Tambang KLIA Ekspres Baru

KLIA Ekpres antara pengangkutan paling cepat dari KL ke KLIA

Ya, MrJocko adalah salah seorang dari puluhan ribu pengguna KLIA Ekspres dari KL Sentral ke KLIA atau KLIA2 dalam masa sebulan. Ramai yang menggunakan perkhidmatan ini, termasuk rakan-rakan yang berkerja di KLIA atau KLIA2 termasuk Pilot, Pramugara dan Pramugari serta crew airport. Kenaikkan dari RM35 kepada RM55 adalah satu kos kenaikkan yang besar dan sudah pasti membebankan semua.

Yang jelas, mungkin pengurangan dalam penggunaan KLIA Ekspres akan berlaku dalam masa beberapa bulan akan datang. Perkhidmatan Bas dari KL Sentral ke KLIA atau KLIA2 mungkin perlu ditambah untuk menampung permintaan yang dijangka akan melebihi permintaan biasa. 

Mungkin sudah masa perkhidmatan bas menuju lapangan terbang diperbanyakkan untuk kemudahan pengguna seperti MrJocko dan rakan-rakan yang selalu ke KLIA atau KLIA2.

MrJocko selalu guna KLIA Ekspres kalau ke Airport

Tambang KLIA Ekspres KLIATambang KLIA Ekspres KLIA

Harga Tambang baru KLIA Ekspres dari KL Sentral ke KLIA atau KLIA2

Untuk info, ada cara kalau anda pengguna tetap KLIA Ekspres kerana penumpang yang membeli tiket KLIA Ekspres melalui dalam talian, aplikasi mudah alih dan daripada kiosk ERL akan menikmati diskaun 10 peratus, manakala mereka yang menggunakan kad Touch ‘n Go akan menikmati penjimatan 10 peratus semasa tempoh promosi.

Bagi anda pengguna TravelCard, mereka akan menikmati diskaun 17 peratus sehingga 83 peratus dengan purata diskaun 45 peratus sementara warga emas dan orang kelainan upaya (OKU) akan terus menikmati diskaun 30 peratus tambang sehala bagi KLIA Transit, kata beliau.

Untuk anda yang nak jimat lagi, harap dapat beli tiket pergi-balik antara KL Sentral dan KLIA/KLIA 2 dan anda akan menikmati penjimatan sebanyak RM10.

Untuk maklumat yang lebih jelas, pengguna dan orang ramai boleh menyemak struktur tambang baharu dengan melayari  laman web www.KLIAekpres.com dan papan notis di stesen-stesen ERL.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.