Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Telefon Samsung Galaxy Note9 Mahal Dan Mengarut

Mulanya ramai yang kata harga telefon Galaxy Note9 mahal. Sama macam model Galaxy Note8 yang mula mula keluar tahun lepas, masa tu harga RM3,999 untuk kapasiti storan 64GB sahaja. Kali ni, masih ada yang berkata, Harga Telefon Samsung Galaxy Note9 Mahal Dan Mengarut. Tahu tak, model Galaxy Note9 kapasiti storan 128GB hanya dijual dengan harga RM3,699 sahaja.

Itu belu lagi dimasukkan features terbaru yang telah ditambahbaik dengan pelbagai lagi fungsi tambahan termasuk fungsi S Pen Samsung Galaxy Note9 yang diberikan peranan yang lebih besar dari sekadar menconteng.

Harga Telefon Samsung Galaxy Note9 Mahal Dan Mengarut
 
Harga Telefon Samsung Galaxy Note9 Malaysia
 

Galaxy Note9 adalah gabungan kuasa, produktiviti, ketahanan, serta penghubung hiburan dalam satu peranti. Bukan sekadar gambar yang dihasilkan dari kamera Galaxy Note9 ini yang bertaraf DSLR Pro, tetapi fungsi lain, mengujakan sesiapa sahaja.

Antara kelebihan Samsung Galaxy Note9 ialah :

1. Ketahanan Bateri sepanjang hari. Tidak seperti smartphone sebelum ini, Galaxy Note9 dilengkapi dengan bateri dengan kuasa 4000mAh, bateri terbesar dalam siri Galaxy.

2. Ruang simpanan yang terlalu besar dengan pilihan storan dalaman 128GB atau 512GB. Cukup besar. Kalau ditambah dengan tambahan slot storan luaran, ia boleh menggunakan 512GB lagi, menjadikannya ruang simpanan sehingga 1TB.

3. Kelajuan pemprosessan sehingga 10nm yang termaju setakat ini. Di tambah dengan sistem Water Carbon Cooling untuk menstabilkan smartphone ini.
 

Harga Telefon Samsung Galaxy Note9 Malaysia

Harga Telefon Samsung Galaxy Note9 Malaysia

Harga Telefon Samsung Galaxy Note9 Malaysia
 

Kamera pintar depan atau belakang, menghasilkan kualiti gambar yang sangat jelas. Walaupun berada dibawah ‘low light’ ia merakam gambar dengan baik. Ia punyai kuasa pengoptimum latar belakang, pengesan cela dan juga kualiti kamera Premium. Lensa Dual Aperture memberikan gambar dari kamera Galaxy Note9 ini TERBAIK!!!

Paling mudah korang nak ingat, hampir semua spesifikasi yang terbaik, ada di dalam smartphone Galaxy Note8, Samsung Galaxy S9 dan banyak lagi model Samsung, ada di dalam Galaxy Note9 dengan tambahbaik yang lebih sempurna.

Jadi, untuk nilai harga RM3699 bagi kapasiti 6GB RAM dan 128GB ROM dan RM4,599 bagi kapasiti 8GB RAM dan RM4,599, harga Samsung Galaxy Note9 bukan lah mahal dan mengarut seperti yang diperkatakan.

Tanya sesiapa yang pernh guna Galaxy Note8, betapa mudahnya guna peranti ini untuk disambungkan dengan Smart TV dan LCD untuk tujuan yang lebih besar.

Maklumat lanjut tentang spesifikasi Galaxy Note 9, boleh baca di https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-note9/buy/

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.