Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Tiket AirAsia Ke Jepun Pergi Balik Paling Murah RM257

Selama MrJocko membuat perbandingan harga tiket penerbangan dari Kuala Lumpur ke Jepun, ini kali pertama MrJocko melihat satu tawaran terbaik dari AirAsia untuk tiket murah ke Jepun. Ini Harga Tiket AirAsia Ke Jepun Pergi Balik Paling Murah RM257 yang pernah MrJocko dapat.

Itu baru tiket ke Jepun. Ada lagi tawaran harga tiket AirAsia ke destinasi lain di Jepun, Australia, Korea dan juga China. Kalau rajin cari, destinasi lain seperti Seoul, Beijing, Perth pun ada harga tiket murah sempena tawaran harga RM99 ini.

Baca : Rahsia Cara Nak Dapatkan Tiket Murah AirAsia

 



 

Harga Tiket AirAsia Ke Jepun Pergi Balik Paling Murah

Harga Tiket AirAsia Ke Jepun Pergi Balik Paling Murah
 

Selama 48 jam bermula 00.01 pada 30 Mei 2017, AirAsia membuat tawaran harga tiket serendah RM99 bagi satu hala perjalanan ke Jepun, Australia, Korea dan China. Promosi ini akan berakhir pada 31 Mei 2017 dan ia adalah untuk penerbangan dari 1 Jun – 30 Jun 2017 nanti.

Ya memang la ia adalah tawaran yang berlangsung selama bulan Puasa. Tetapi kalau ada yang nak travel di bulan puasa tak ada salahnya. Lagipun untuk rakan-rkan bukan Muslim, ini mungkin peluang terbaik untuk korang travel dengan harga tiket murah AirAsia serendah RM99 sahaja.

 

Harga Tiket AirAsia Ke Jepun Pergi Balik Paling Murah Harga Tiket AirAsia Ke Jepun Pergi Balik Paling Murah

 

Melihat kepada harga tiket ini, mungkin ia memang harga terbaik pernah kita lihat. Kalau sebelum ini, harga murah MrJocko ke Tokyo paling rendah harga sekitar RM500 untuk pergi dan balik dari KLIA2 ke Haneda Airport.

Kalau trip sekeluarga kami ke Perth pada Januari 2016 ialah RM1,800++ untuk sekeluarga 2 dewasa, 2 kanak-kanak dan 1 infant. Kalau di bahagi kepada 5, ia dah RM360 untuk seorang. 

Jadi untuk anda yang mungkin tengah plan nak travel ke Jepun, Australia, Seoul dan China, apa kata survey harga tiket sekarang di laman web www.AirAsia.com untuk dapatkan harga tiket flight AirAsia dan AirAsiaX yang murah sempena dengan jualan 48 Jam AirAsia ini.

 



 

Untuk yang Muslim, apa kata cuba pengalaman baru travel di musim bulan Ramadhan. Ia mesti satu pengalaman yang baru dan berbeza dari pengalaman sebelum ini. Lagipun kalau ke Jepun, tak rasa penat sangat sebab kat sana agak dingin berbanding Kuala Lumpur.

Apa lagi,,, jom beli tiket murah AirAsia :). Ada banyak tempat wajib lawat di Tokyo yang boleh korang lawati http://www.mrjocko.com/2015/07/10-tempat-wajib-lawat-di-tokyo-tempat-menarik.html

 

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.