Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Terkini Harga Tiket Awana Skyway Genting Highland

Musim Cuti Sekolah semakin hampir, hanya beberapa minggu lagi, anak-anak kita akan mula bercuti. Masih mencari lokasi untuk destinasi percutian hujung tahun? Kalau masih mencari, apa kata ke Genting Highland. Pandu kereta sehingga ke Genting Highland Premium Outlet dan naik kereta kabel (Cable Car). Untuk informasi, ini maklumat Terkini Harga Tiket Awana Skyway Genting Highland.

Stesen Kereta Kabel Awana Skyway, terletak bersebelahan dengan Genting Highland Premium Outlet dan memang selesa dengan kawasan parkir yang luas dan ruang membeli belah yang bertaraf antarabangsa. Menjadikannya lokasi paling sesuai untuk destinasi santai hujung minggu samada bersama kawan-kawan, apatah lagi bersama keluarga dan anak-anak.

Baca : Bila Tempat Pelancongan Skyworlds Genting Highland Akan DiBuka?

Harga Tiket Awana Skyway Genting Highland

 


Terkini Harga Tiket Awana Skyway Genting Highland

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_08 copy
 

Untuk alami sendiri percutian menarik di Genting Highland, semestinya anda mesti cuba untuk naik kereta kabel (cable car). Perjalanan dari Stesen Awana Skyway menuju ke Stesen SkyAvenue akan mengambil masa sekitar 10 – 15 minit dengan pengalaman menarik menyaksikan sendiri pemandangan landskap yang cantik.

Jika di sebelah pagi, kabus yang menutupi puncak bukit akan menjadi gambar yang ketara. Sekiranya di waktu biasa, anda mungkin akan nampak pemandangan Kuala Lumpur yang cantik dari dalam gondola Awana Skyway.
 

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_01

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_02
Tiket Cable Car Awana Skyway

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_04
 

Tiket cable car Awana Skyway ini boleh dibeli secara walk-in atau secara online. Pastinya, untuk lebih mudah, saya sendiri syorkan anda semua membeli tiket ini secara online di pautan ini Tiket Online Awana Skyway, supaya tidak perlu sesak untuk beratur di kaunter tiket.
 

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_17
Buy Awana Skyway Tickets Online

 

Harga tiket Awana Skyway ialah RM10 bagi perjalanan sehala dan RM16 bagi perjalanan pergi dan balik. Manakala untuk untuk tiket Express Awana Skyway ialah RM16 bagi perjalanan sehala dan RM30 bagi perjalanan pergi dan balik. Adalah pilihan lain yang lebih menarik ialah dengan mencuba Glass Door Gondola dengan harga RM21 bagi perjalanan sehala dan RM35 bagi perjalanan pergi dan balik.

Untuk Ahli Genting Rewards, Warga Emas dan OKU, mereka ada harga tiket istimewa. Boleh semak di informasi di bawah :

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_15
Harga Tiket Awana Skyway Genting Highland
harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_05
Stesen Awana Skyway

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_06

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_07

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_09

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_11

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_12
Stesen SkyAvenue Genting Highland
harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_10
SkyWorlds

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_13
 

Untuk anda yang nak mencuba Awana Skyway, saya cadangkan supaya beli tiket online dan sampai seawal pagi untuk mengelakkan kesesakan. Kalau lambat, tambah-tambah lagi di waktu hujung minggu, pasti akan beratur panjang. Boleh semak waktu operasi Awana Skyway di sini.

harga_tiket_awana-skyway_genting_highland_16
Waktu Operasi Awana Skyway Genting

Oh ya, kalau anda memandu, boleh parkir kereta di Genting Highland Premium Outlet seawal pagi. Jika naik bas, naik sahaja hingga ke tingkat atas di kaunter tiket Awana Skyway.

Bersedia untuk keriangan seterusnya, kerana dengan kata Genting Skyworlds akan dibuka tak lama lagi…

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.