Site icon Travel Blogger Malaysia

Harga Tiket Bas Dari KL Sentral ke Stesen LCCT Sepang Malaysia

tiket-bas-lcct-01

Harga Tiket Bas LCCT Sepang

Untuk anda yang mungkin tengah mencari info tentang harga tiket bas dari KL Sentral ke LCCT, Sepang, boleh la baca kat sini. Kalau dulu, harga tiket perjalanan ke LCCT ni sekitar RM6 sahaja untuk satu perjalanan, tetapi sekarang, setakat Mac 2014, harga tiket bas dari KL Sentral ke Stesen LCCT Sepang bermula dari RM8.00 untuk satu perjalanan.

Biasanya ramai yang menaiki perkhidmatan SkyBus yang ada logo AirAsia. Untuk makluman anda, harga tiket untuk perjalanan satu hala dari KL Sentral ke LCCT menggunakan SkyBus ialah RM10.00. Bermakna, kalau pergi dan balik anda harus bayar RM20.00.

 


Harga Tiket Perjalanan Dari KL Sentral ke Stesen LCCT

Berbeza dengan bas warna kuning yang dikenali sebagai AEROBUS. Bas ini hanya mengenakan tiket RM8.00 sahaja untuk perjalanan dari KL Sentral ke LCCT dan juga sebaliknya. Murah RM2.00 dari harga SkyBus. Kalau anda ambil tiket pergi dan balik, anda jimat RM4.00. Banyakkan ???

Jadi, anda boleh memilih mana satu perkhidmatan yang anda nak guna untuk ke LCCT Sepang. Sebagai maklumat tambahan, harga tiket perjalanan dari KL Sentral ke Stesen LCCT Sepang ini adalah berbeza-beza. Namun, apa yang pasti perkhidmatannya hampir sama. Cuma kalau tak silap, bas kelolaan SkyBus ni lebih kerap membuat perjalanan dari KL Sentral ke Stesen LCCT Sepang berbanding AEROBUS.
 

tiket bas ke KLIA2

 

Terminal Penerbangan Tambang Rendah atau LCCT, adalah sebuah projek yang dirancang dan dibina khusus untuk menampung pertumbuhan pergerakan penumpang yang rendah bagi Syarikat Penerbangan Kos Rendah, terutamanya penumpang syarikat penerbangan low cost carrier di Malaysia, Air Asia.

Terminal Pembawa Kos Rendah (LCCT), Sepang, Malaysia, pertama di Sepang dibina secara pantas pada awal bulan Jun 2005 dan beroperasi sepenuhnya pada 23 Mac 2006.

Exit mobile version