Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Tiket Promosi Jom Cuti Cuti Malindo Air Disember 2020

Selepas pihak kerajaan mula melonggarkan arahan PKPB (Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat) baru-baru ini, netizen boleh sedikit tersenyum. Ini kerana, tiada lagi sekatan rentas daerah atas sempadan negeri dikenakan. Bermakna, kini rakyat sudah boleh pergi bercuti ke destinasi dalam negara. Mengambil peluang tersebut, ini Harga Tiket Promosi Jom Cuti Cuti Malindo Air Disember 2020 yang bakal buat anda lagi tersenyum lebar.

SOP untuk pelancongan dalam negara dikatakan dikemaskini dan norma baru dalam industri pelancongan negara akan membolehkan industri pelancongan domestik kembali rancak. Ia akan membantu rakyat Malaysia kembali merancakkan ekonomi negara dan kembali hidupkan aktiviti pelancongan.

Baca : Promosi 10000 Tiket Percuma Malindo Air

 


Harga Tiket Promosi Jom Cuti Cuti Malindo Air Disember 2020

Harga Tiket Promosi Jom Cuti Cuti Malindo Air Disember 2020
 

Promosi pembelian tiket ini dikenali dengan Jom Cuti Cuti Malindo Air bermula sekarang sehingga tarikh 28 Disember 2020. Penerbangan bermula sekarang sehingga ke tarikh 31 Mac 2021, tahun hadapan.

Tawaran Cash Voucher sebanyak RM50 (mengikut Terma dan Syarat Malindo Air), dengan harga tiket penerbangan serendah RM39 sahaja ke destinasi di Malaysia. Harga tiket serendah RM39 ke Langkawi dan Pulau Pinang serta RM49 untuk ke Kuching, Sarawak. Manakala RM59 tiket ke Kota Bharu, Kuala Terengganu, Alor Setar dan juga ke Johor Bahru. Tidak lupa juga tiket RM99 untuk ke Kota Kinabalu, Sabah.
 

Promosi Jom Cuti Cuti Malindo Disember 2020

Kredit Gambar : Facebook Malindo Air

 


Saya sendiri pernah beberapa kali terbang dengan pesawat Malindo Air dan boleh baca review saya ketika terbang ke Kota Kinabalu.

Ini peluang terbaik buat semua rakyat Malaysia, ambil peluang untuk bercuti dengan kos yang jauh lebih murah. Kalau seperti tiket ke Pulau Pinang pada 3 Mac – 6 Mac 2021, Pergi Balik, hanya serendah RM433.84 untuk dua orang. Ini adalah harga super saver, tiada akses luggage hanya Hand Carry 7kg. Cukup la untuk percutian 4 hari 3 malam.

Dari Kuala Lumpur, tak perlu risau nak drive dan fikir kos Petrol sekitar RM200, kos bayar Tol RM150 dan juga kos parkir kereta kalau di Pulau Pinang.

Tempah tiket penerbangan anda di Airline Website

harga tiket promosi Malindo Air
 

Informasi lanjut tentang promosi dan peraturan terbang bersama Malindo Air boleh dilihat di laman Facebook mereka Malindo Air.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.