Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Harga Tiket Promosi Samui Super Sale Bangkok Airways

Harga Tiket Promosi Samui Super Sale Bangkok Airways nampaknya lebih berbaloi untuk anda beli dengan pelancaran terbaru dari syarikat penerbangan dari Thailand ini. Bangkok Airways Public Company Limited melancarkan promosi “Super Sale Samui” yang menawarkan tambang luar biasa ke laluan domestiknya yang popular.

Laluan ini adalah dari dan ke lapangan terbang Koh Samui seperti Bangkok (Suvarnabhumi) – Samui, Chiang Mai – Samui, Phuket – Samui, Krabi – Samui dan juga Pattaya (U-Tapao) – Samui. Ini antara destinasi popular dan menjadi pilihan ramai pelancong dan pengguna penerbangan ini.

Baca : Pengalaman Terbang dengan Bangkok Airways ke Koh Samui

Promosi Samui Super Sale Bangkok Airways

 


Harga Tiket Promosi Samui Super Sale Bangkok Airways

Promosi Samui Super Sale Bangkok Airways 01 copy
 

Tarif sehala bermula dari hanya dari THB1990 (MYR265) ‘one way’ (tidak termasuk cukai dan yuran). Promosi ini juga menawarkan tambang yang menakjubkan untuk destinasi antarabangsanya yang masuk ke Samui, seperti penerbangan Singapura – Samui, tambang sehala bermula dari hanya SGD99 (MYR299) sehala (tidak termasuk bayaran, cukai dan surcaj) dan untuk Kuala Lumpur (Malaysia) – Samui, tambang sehala bermula dari hanya MYR99 sehala (tidak termasuk yuran, cukai dan surcaj).

Tempahan penerbangan Bangkok Airways ini boleh dibuat dari tarikh 10 Februari hingga 31 Mac 2020 dan tempoh perjalanan adalah sah di antara tarikh 1 Mei – 30 Jun 2020 atau 1 September – 15 Disember 2020.

Promosi Samui Super Sale Bangkok Airways

Jika anda seorang yang sukakan pantai dan pulau, Koh Samui antara destinasi paling menarik yang boleh anda lawati di Thailand. Dengan pilihan pantai yang luas serta pakej penginapan dan pakej aktiviti yang pelbagai, ia umpama syurga bagi peminat pantai dan aktiviti laut dan pantai.

Pengalaman saya sendiri, di sini ada banyak destinasi yang boleh anda cuba termasuk pilihan bersantai di pantai yang landai dan jernih di sekitar pulau Koh Samui. Pasar malam yang sedikan pengalaman membeli belah yang murah serta pengalaman menaiki bot mewah, semua ada di Koh Samui Thailand.

Baca : Hotel Mewah Tapi Ada Menu Halal Muslim di Koh Samui Thailand

Untuk semua, apa lagi, jangan tunggu lama-lama. Ambil kesempatan daripada tawaran ini pilih destinasi anda, sila layari www.bangkokair.com atau hubungi pejabat tiket Bangkok Airways di seluruh negara atau hubungi Pusat Panggilan Bangkok Airways pada 1771 (24 jam).

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.